Categories: Berita Lain

Mahu Dana Persekutuan; Wakil PAS, Umno Bincang Masuk Bersatu

KOTA BARU, 28 Julai — Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) Kelantan mengakui mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin
Umno dan PAS di Kelantan untuk menyertai parti itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Sazmi Miah
berkata ia bertujuan bagi memudahkan penyaluran bantuan daripada Kerajaan
Persekutuan kepada masyarakat yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat berkenaan.
“Perbincangan itu diadakan dengan wakil rakyat PAS dan Umno
yang ada hasrat untuk meninggalkan parti mereka terutama yang tidak berpuas
hati dengan pemilihan Umno baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pakatan Harapan (PH) sentiasa terbuka untuk menerima mereka
dan kita tidak mengenakan sebarang syarat kepada mereka dan dalam masa yang
sama, kita juga tidak menerima syarat yang dikenakan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis
kesyukuran sempena pelantikan Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Timbalan
Menteri Hal Ehwal Ekonomi anjuran PPBM bahagian Ketereh di Perol di sini, hari
ini.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan ada wakil rakyat
daripada Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai PPBM dalam satu majlis yang
akan diadakan di Machang esok.
Mengulas lanjut, Sazmi berkata jika wakil rakyat berkenaan
melompat parti, mereka tidak akan diterima masuk ke dalam PH secara langsung
melainkan melalui proses tapisan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tak semestinya mereka yang melompat parti akan menyertai
Bersatu. Kita terima mereka sebagai rakan (buat sementara waktu) dan mereka
boleh memohon untuk masuk mana-mana parti (komponen PH).
“(Bagaimanapun) kita akan buat tapisan dan lihat keikhlasan
mereka dan dalam masa yang sama kita tidak menawarkan sesuatu yang luar biasa
kepada mereka.
“Jika ada wakil rakyat bebas yang menyokong PH akan
memudahkan penyaluran bantuan Kerajaan Persekutuan kepada masyarakat yang
diwakili mereka,” katanya. — Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

17 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

6 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

6 days ago