Categories: Berita Lain

China Teruskan Pemberian Senjata Kepada Filipina

HUBUNGAN dua hala China dengan Filipina semakin kukuh di
bawah Presiden Rodrigo Duterte apabila Beijing meneruskan pemberian senjata
kepada Filipina.
Dalam pemberian terbaharu, Beijing menghantar empat buah bot
tentera dan 30 pelancar roket (RPG).
Pemberian ini yang merupakan lanjutan pemberian tahun lalu
melibatkan 6,000 senapang dan termasuk senapang penembak tepat, juga termasuk
senjata rifal dan peluru, kata jurucakap tentera laut Jonathan Zata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, peralatan diberikan itu baharu dan pihak tentera
sedang merancang penggunaan mereka untuk melengkapkan persediaan pihaknya.
Senapang terbabit disalurkan kepada pasukan polis Filipina
bagi menampung kekurangan ekoran sekatan jualan 26,000 laras senapang M4 kepada
polis pada 2016.
Sekatan itu dibuat ekoran kebimbangan Amerika Syarikat
berhubung dakwaan pencabulan hak asasi oleh polis Filipina sepanjang tempoh
perang dadah Duterte yang telah mengorbankan beribu nyawa.
Duterte yang kritikal terhadap hubungan Filipina dengan AS
mahu merapatkan hubungan dengan China yang bermusuh dengan Filipina sebelum
ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pemberian senjata oleh China ini ialah sebahagian diplomasi
dengan negara-negara di Laut China Selatan, yang terlibat dalam pertikaian
dengannya.
Pemberian dari China bagaimanapun lebih kecil berbanding
dari AS yang mempunyai perjanjian pertahanan dengan Filipina sejak 1950-an.
Dalam lima tahun lalu, Washington telah memberikan bantuan
bernilai AS$282 juta melibatkan dron, kapal, kapal terbang perisikan dan
senjata ringan.
Kerjasama latihan ketenteraan antara Filipina dengan AS
bagaimanapun masih diteruskan walaupun Duterte beberapa kali mengancam untuk
menghentikannya. – Reuters

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago