Connect with us

Berita Lain

Kehilangan MH370: Mungkin ada campur tangan pihak ketiga – Pasukan Penyiasat

Foto: Berita Harian

PUTRAJAYA: Pasukan Penyiasat tidak menolak kemungkinan
campur tangan pihak ketiga (third party intervention) antara punca kehilangan
pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014.
Kata Ketua Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370, Datuk Kok
Soo Chon, Pasukan Penyiasat telah meneliti semua laporan dan dakwaan di semua
platform berita dan juga media sosial.
“Apabila anda menyiasat MH370, ia merupakan antara
kerja paling sukar di dunia. Apa yang kami telah buat ialah membaca semua jenis
laporan, semua jenis dakwaan, berita dan gosip di media sosial, dan kami letak
semuanya di atas meja.
“Dalam hampir 60 dakwaan dan gosip yang diterima dan
diteliti, kami buang satu per satu dan tengok apa yang tinggal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kini, tinggal hanya tujuh kemungkinan. Tetapi saya
harus berhati-hati kerana saya tidak mahu menolak sebarang kemungkinan,”
katanya kepada media selepas selepas membentangkan laporan terakhir siasatan
MH370 di Bangunan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.
Laporan itu, antara lain, menyatakan penemuan sepanjang
siasatan, termasuk aspek keadaan pesawat berkenaan, keadaan kru termasuk
juruterbang sewaktu penerbangan, komunikasi dua hala antara pusat kawalan
trafik udara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh, serta cadangan-cadangan untuk
mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.
Menurut Astro Awani, antara penemuan yang dinyatakan ialah, sewaktu pesawat
Boeing B777-200ER itu melencong dari laluan asal, ia berada di bawah kawalan
manual dan sengaja dihalakan menuju ke Lautan India.
“Kami telah menjalankan tujuh simulasi penerbangan,
tiga di bawah kelajuan tinggi dan empat lagi di bawah kelajuan rendah dan kami
mendapati lencongan berkenaan dibuat di bawah kawalan manual, bukan
autopilot,” jelas Soo Chon.
Bagaimanapun, beliau enggan membuat kesimpulan yang
kesihatan juruterbang pesawat, Kapten Zaharie Ahmad Shah ataupun pembantu
juruterbang, Fariq Abdul Hamid, berada di tahap kurang baik, atau mempunyai
tujuan berlainan sewaktu kapal terbang itu dilencongkan.
“Kami telah membuat pemeriksaan terhadap Zaharie… kami
dapati beliau tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan atau keluarga, tiada
sifat-sifat kemurungan, tiada penyalahgunaan alkohol atau dadah.
“Kami juga dapati tiada tekanan atau tanda kebimbangan
dalam komunikasi antara beliau dengan pusat kawalan udara di Kuala Lumpur atau
Ho Chi Minh. Kami dapati Kapten Zaharie seorang juruterbang yang kompeten,
rekod penerbangan hampir sempurna, serta mempunyai kebolehan untuk menguruskan
tekanan sewaktu bekerja,” jelasnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Bagi Fariq juga, kata Soo Chon, tiada sebarang asas untuk
beliau melencongkan pesawat berkenaan, tetapi dakwaan yang mengatakan terdapat
isyarat dari telefon bimbit beliau sukar ditentukan memandangkan ianya
terlampau lemah.
Tetapi katanya, kekurangan komunikasi radio antara MH370 dan
pusat kawalan sebelum ia dilencongkan adalah berkemungkinan besar sistem
komunikasi pesawat berkenaan telah ditutup secara manual, sama ada secara
sengaja atau tidak sengaja.
Soo Chon berkata, pihak beliau juga dapati Pusat Kawalan
Udara Ho Chi Minh gagal untuk memaklumkan Pusat Kawalan Udara Beijing apabila
pesawat itu tidak melakukan sebarang komunikasi lanjut.
Jelasnya lagi, petugas di pusat kawalan berkenaan tidak
menjalankan pelbagai fasa kecemasan yang sudah tergaris dalam panduan, sekali
gus memberi impak yang besar kepada operasi mencari dan menyelamat.
Dalam pada itu, Soo Chon menegaskan laporan setebal 449 muka
surat yang diedarkan kepada awam hari ini bukan bermakna siasatan sudah
berakhir.
“Bagaimana kami boleh menganggapnya laporan terakhir,
itu akan jadi tekaan tanpa asas kerana rangka MH370 tidak ditemui, mangsa juga
tidak ditemui,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel