Categories: Berita Lain

Sempat tawan Rinjani beberapa jam sebelum maut dihempap tembok

Mangsa sempat merakam foto kenangan ketika berada di puncak gunung Rinjani beberapa jam sebelum gempa bumi berlaku.



PETALING JAYA: Hanya beberapa jam sebelum meninggal dunia dalam bencana gempa bumi di Lombok, rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail berjaya menawan Gunung Rinjani, di pulau berkenaan.


Wanita berusia 30 tahun dari Melaka itu sempat merakam foto kenangan di puncak gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu dengan kapsyen “I DID IT!!”




Posting yang dimuat naik oleh Siti di laman Facebook miliknya.


Gempa berukuran 6.4 magnitud itu turut mencederakan enam lagi rakyat Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ahli perniagaan, Khairul Azim berkata, walaupun tidak mengenali mangsa secara peribadi, dia bertemu dengan kumpulan itu sewaktu sedang mendaki Gunung Rinjani.


Khairul, 32, menyifatkan dirinya sangat bernasib baik kerana dia berada tidak jauh dari lokasi Siti meninggal dunia akibat dihempap tembok runtuhan homestay yang didiaminya bersama kumpulan pendaki lain.




“Saya rasa kami bernasib baik sebab tinggal dalam khemah. Lokasi kami hanya beberapa kilometer sahaja dari lokasi Siti dan kumpulannya,” ujarnya.


Kumpulan Khairul kini berada di timur Lombok dan sedang berehat sebelum memulakan perjalanan keluar dari kawasan itu.


“Kami masih lagi boleh merasa gegaran di Sembalun. Banyak jalan masih ditutup,” tambahnya lagi.


Sementara itu, kira-kira 30 rakyat Malaysia masih lagi terperangkap di kaki gunung.


Salah seorang daripada mangsa, Nursakinah Hasman menerusi laman Facebook memberitahu kumpulannya memerlukan bantuan helikopter untuk dibawa keluar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Jalan di sini rosak teruk. Kami perlu menempuhi perjalanan tiga jam untuk ke lapangan terbang terdekat.


“Gegaran semakin kerap dirasai dan rangkaian internet 3G semakin perlahan. Tolong selamatkan kami cepat,” ujarnya.


Seorang lagi mangsa, Suriyanita Sidek memuat naik video dirinya dan rakyat Malaysia yang lain di sebuah tapak perkhemahan sementara di Kampun Senaru.


Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mayat mangsa akan dibawa pulang ke negara ini secepat mungkin.


Kedutaan Malaysia di Indonesia juga telah mengaktifkan bilik operasi dan rakyat negara ini yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian +62 2152 24947 atau WhatsApp +62 813 8081 atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my dan consular@gmail.com.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago