Categories: Berita Lain

‘Syarikat China bayar RM2.7b pada 1MDB tanpa balasan’


Pada 24 Ogos tahun lalu, Silk Road Southeast Asia Real
Estate Ltd yang berpangkalan di China membayar 4.25 billion yuan (RM2.7
billion) kepada 1MDB, yang dikatakan bagi membeli tanah 234 ekar di Ayer Itam,
Pulau Pinang.
Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang membekukan tanah milik
anak syarikat 1MDB, MyCity Ventures Sdn Bhd.
Ia menyebabkan pemindahan hak milik tanah kepada pembeli
menjadi mustahil.
Anehnya, Silk Road tiada masalah mengeluarkan jumlah wang
yang besar tanpa mendapat tanah itu, menurut jawapan bertulis Menteri Kewangan
Lim Guan Eng kepada anggota parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

The Edge Financial Daily melaporkan timbul keraguan bahawa
transaksi itu semata-mata pelindung (front) untuk mencuci pinjaman China Exim
Bank yang dikatakan untuk membiayai projek saluran Suria Strategic Energy
Resources Sdn Bhd (SSER) bernilai RM9.4 bilion.
Sebelum ini, SSER dilapor membayar AS$2 bilion (RM8.13
bilion) atau 88 peratus dari nilai projek kepada kontraktor saluran, syarikat
China, China Petroleum Pipeline Bureau, walaupun tidak sampai 15 peratus
kerjanya selesai.
“Wang itu disyaki berasal dari projek yang dibiayai China
Exim Bank sebelum bergerak ke Timur Tengah dan kembali ke Malaysia sebagai
transaksi tanah itu, dan kemudian digunakan untuk membayar pinjaman AS$3.5
bilion Petroleum Investment Company (IPIC),” menurut laporan itu.
Untuk rekod, transaksi 24 Ogos untuk tanah 1MDB itu dibuat
hanya enam hari sebelum 1MDB membayar bahagian pertama daripada penyelesaian AS$1.2
bilion dengan IPIC.
Bayaran penyelesaian itu berjalan pada 31 Julai tetapi 1MDB
meminta lanjutan tempoh sebulan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika itu, perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib
Razak memberitahu parlimen bahawa penangguhan itu susulan isu “teknikal” dan bukan
kerana 1MDB tidak mampu.
Memetik sumber yang mengetahui perkara itu, The Edge
Financial Daily berkata disyaki kuat mempunyai kaitan dengan pengubahan wang
haram.
“Kenapa kamu hendak belanjakan begitu banyak wang dan tidak
minta pemindahan hak milik? Jawapan jelasnya kerana pengubahan wang haram.
“Syarikat China itu (Silk Road) tidak peduli dengan tanah
itu kerana bukan wang mereka pun.
“Tiada bukti jejak wang di China tetapi ini agak
jelas,” sumber itu dipetik sebagai berkata.
Sumber juga dilaporkan berkata Silk Road ada meminta
pemindahan hak milik sebelum ini tetapi tidak mengambil tindakan susulan.
Sebelum ini, tanah itu juga dilaporkan susah dibangunkan.
Laporan itu menyebut kira-kira 1,200 hingga 1,400 penyewa
telah tinggal di situ lebih 50 tahun dan kos memindahkan mereka akan menjadi
sangat mahal dan memakan masa.

– Malaysiakini

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

6 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

8 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago