Categories: Berita Lain

Surat CIA: Bekas KP ME10 buat laporan polis


BEKAS Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia
(MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid membuat satu laporan polis berhubung dakwaan
beliau menghantar surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA).
Laporan itu dibuat selama sejam setengah di Balai Polis
Travers, Kuala Lumput, bermula jam 1 tengah hari tadi.
Turut hadir peguam Hasanah, Datuk Shaharuddin Ali.
Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan reaksi Hasanah
gagal apabila pemandu keretanya tidak memberhentikan kenderaan.
Terdahulu, Shaharuddin dalam satu kenyataan memaklumkan
pihaknya akan mengadakan satu sidang media di pejabat Tetuan Nik Saghir &
Ismail, Jalan Kampar, pada jam 4 petang, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kenyataan media akan dibacakan Shaharuddin disaksikan dua
peguam lain iaitu Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Menurut laporan Harian Metro, ia bagi merungkai segala persoalan membabitkan isu
penyebaran surat itu kepada CIA pada 4 Mei 2018.
Jumaat lalu, Hasanah dalam satu kenyataan memaklumkan akan membuat
laporan polis berhubung dakwaan itu selepas dinasihatkan peguamnya untuk
berbuat demikian.
“Sejak beberapa hari lalu, saya memerhatikan dan mengambil
maklum laporan akhbar yang mencetuskan kontroversi berkaitan sepucuk surat yang
dikatakan dihantar oleh saya sebagai Ketua Pengarah MEIO kepada CIA.
“Saya dinasihati oleh peguam untuk membuat satu laporan
polis dan dalam masa terdekat ini akan mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk
menerangkan keadaan sebenarnya,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Hasanah menandatangani surat
tiga halaman bertarikh 4 Mei lalu dan diutuskan kepada Gina Haspel.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menerusi surat terbabit, MEIO yang beroperasi di sebalik
Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), didakwa
meminta Amerika Syarikat (AS) untuk menyokong pentadbiran
Datuk Seri Najib Razak jika Barisan Nasional (BN) menang mudah atau hanya
meraih majoriti satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menerusi surat itu, MIEO menggambarkan Najib sebagai
pemimpin progresif dan mesra AS dan akan terus menyokong kehadiran AS di rantau
ini.
Tanpa kehadiran Najib sebagai pemimpin negara ini, agensi
itu memberi gambaran yang AS bakal kehilangan rakan kongsi yang boleh
dipercayai di Asia Tenggara.
Ia memandangkan Filipina sudah memutuskan ikatan dengan AS,
manakala Singapura dan Brunei terlalu kecil untuk memberi impak, manakala
Thailand serta Indonesia pula terlalu sibuk dengan masalah domestik
masing-masing.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu mengetuai barisan
pembangkang pula disifatkan sebagai anti-Barat, anti-Yahudi, autokratik,
menutup mulut pengkritik dengan keras dan mengabaikan sama sekali hak asasi
manusia serta pemerintahan berdasarkan undang-undang.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago