Connect with us

Berita Lain

‘ABCD SST, Janji Hanya Tinggal Janji’


KUALA LUMPUR: Walaupun hanya 10 minit diperuntukkan untuk
berbahas, Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) sempat mencuri masa mengungkap
lima rangkap ‘pantun SST’.
Dengan intipati perbahasan yang sebahagian besarnya
menyentuh aspek Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau mengakhiri perbahasan
dengan pantun berikut:

ABCD SST
Harga akan melambung tinggi
Cukai yang dah tidak diguna lagi
Oleh majoriti negara dunia kini

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

ABCD SST
Rakyat terbanyak perlu ketahui
Cukai tak telus dan tersembunyi
Dalam harga tinggi menjadi
ABCD SST
Pengundi tidak sangka jadi begini
Ingat mansuh GST tiada cukai lagi
Rupanya beban bertambah diberi
ABCD SST
Kenalah ditanggung suami isteri
Rasa menyesal dalam hati
Mereka tidak akan memberi undi
ABCD SST
Janji hanya tinggal janji
Masa terhad turut menyaksikan Ahmad enggan memberi laluan
kepada Wong Shu Qi (PH-Kluang) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) mencelah sambil
menjawab: “Kalau menarik, kita jumpa di kafetaria.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Membahaskan usul titah diraja, Ahmad berkata, pelaksanaan
semula SST boleh meningkatkan ketirisan dan penipuan cukai, sekali gus
mengurangkan hasil kepada kerajaan.
“SST bakal mewujudkan aktiviti ‘lari membayar cukai’ dalam
kalangan pihak tertentu, selain meningkatkan pasaran ekonomi gelap.
“Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) menyebut SST
akan mengembalikan trend lama iaitu ‘pelarian cukai’ dan meningkatkan aktiviti
pasaran ekonomi gelap atau ‘black economy’
“SST juga akan mewujudkan ‘cukai atas cukai’ apabila
kadarnya dinaikkan kepada 10 dan enam peratus.
“Ini bermakna barang berharga RM100 boleh menjadi RM110 atau
RM165 apabila tiba kepada pengguna,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel