Connect with us

Berita Lain

Agong sokong mansuh GST

Sultan Muhammad V semasa bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat.



YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, mengalu-alukan pendekatan kerajaan dalam menegakkan ketelusan, terutama dengan mendedahkan kedudukan kewangan negara yang sebenar.


Menurut baginda, ia termasuk mengkaji semula perbelanjaan, kos projek dan mengurus kewangan serta berhemat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sehubungan itu, baginda menyokong langkah untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), menstabilkan harga minyak dan memberikan bantuan sara hidup yang diharap dapat meringkan bebanan rakyat.


“Masa sama, beta menghargai sumbangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur yang disalrkan kepada dana Tabung Harapan sebagai tanda prihatin terhadap negara,” titahnya dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.


Dalam pada itu, baginda mahu kerajaan terus mencari jalan mendepani pelbagai cabaran yang dihadapi negara di peringkat global dan domestik.


Titah baginda, cabaran itu antaranya ketidaktentuan ekonomi global, konflik politik, krisis kemanusiaan dan ancaran fahaman radikal.


“Dalam hal ini, Beta berharap kerajaan akan terus berusaha mencari jalan untuk mendepani cabaran berkenaan bagi kebaikan kesejahteraan rakyat dan negara,” titahnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Menyentuh soal Revolusi Perindustrian 4.0, baginda mengalu-alukan sebarang inisiatif melalui penggubalan dasar, strategi dan kerangka perundangan untuk mendepani cabaran mengharungi era itu.


“Beta berharap faedah yang diperoleh bukan hanya aspek ekonomi, tetapi meliputi aspek sosial dan lain-lain,” titahnya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel