Connect with us

Berita Lain

Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Tawar Diri Letak Jawatan

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Azman Mokhtar – Foto: mStar

Khazanah Nasional Berhad mengesahkan bahawa ahli lembaga
pengarahnya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan mereka.
“Ini dilakukan untuk memudahkan peralihan yang lancar
dan teratur di bawah kerajaan baru,” kata Khazanah dalam satu kenyataan
hari ini.
“Lembaga pengarah sekarang telah diberi penghormatan
untuk berkhidmat, dan merasakan sesuai untuk menawarkan kepada kerajaan baru
budi bicara dan mengesahkan hak prerogatif untuk membentuk lembaga pengarah
baru,” tambahnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Syarikat induk cabang pelaburan kerajaan itu berkata ia akan
mengeluarkan kenyataan lanjut sebaik sahaja mempunyai butiran mengenai
pembentukan semula lembaga pengarahnya.
Pagi ini Strait Times melaporkan bahawa lembaga pengarah
Khazanah telah menandatangani dan menghantar surat peletakan jawatan yang tidak
bertarikh ke Putrajaya.
Mereka yang berbuat demikian ialah Pengarah Urusan Khazanah
Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Nor Md Yusof.
Ia turut disertai ahli lembaga pengarah lain iaitu Datuk
Seri Nazir Razak, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao,
Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Datuk Nirmala Menon
dan Yeo Kar Peng.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Awal bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata Khazanah telah menyimpang daripada objektif asalnya untuk membantu
bumiputera, dengan memperkayakan dirinya sendiri.
Beliau berkata Putrajaya akan mengkaji semula
syarikat-syarikat di mana Khazanah mempunyai kepentingan di dalamnya dan
melakukan penyusunan semula agar syarikat itu kembali kepada peranannya yang
asal.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel