Connect with us

Berita Lain

‘Akaun Najib Tak Lagi Dibeku Kerana Siasatan Sudah Selesai’

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini
menjelaskan pelepasan pembekuan akaun bank milik bekas perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak kerana ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International Sdn
Bhd (SRC International) dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Tindakan melepaskan pembekuan akaun tersebut bukan
dilakukan atas desakan mana-mana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap
akaun itu telah selesai dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya
hari ini.
Semalam, media melaporkan bahawa akaun bank peribadi milik
bekas perdana menteri Najib tidak lagi dibekukan, sejak Isnin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu, SPRM berkata akaun-akaun bank lain milik
Najib yang didakwa terlibat dengan SRC International dan 1MDB tidak dibekukan
kerana akaun-akaun tersebut telah ditutup sebelum siasatan bermula pada Julai
2015.
“Ini bermakna, pembekuan akaun bank Najib berkaitan isu SRC
International dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana
akaun berkenaan telah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan,” kata
SPRM.
Sementara itu, SPRM menegaskan siasatan berhubung dana RM2.6
bilion masih diteruskan.
Pada 2 Julai lepas, pasukan petugas khas 1MDB telah
membekukan 408 akaun bank milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang melibatkan dana RM1.1 bilion pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.
Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu dan 55
syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, SPRM menjelaskan isu pembekuan dan pelepasan
akaun bank Najib berikutan terdapat beberapa kekeliruan fakta yang dilaporkan
oleh segelintir pihak menerusi media.
Berhubung dakwaan bahawa suruhanjaya ini mengadakan
publisiti besar-besaran mengenai pembekuan akaun Najib dan menyepi apabila
pembekuan akaun ditarik balik, SPRM menegaskan bahawa isu tersebut tidak timbul
kerana suruhanjaya ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi
berkaitan pembekuan akaun.
“SPRM juga hanya mengesahkan pelepasan akaun tersebut
apabila persoalan itu ditimbulkan oleh pihak media,” katanya.
-Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel