Connect with us

Berita Lain

Akaun Umno Pekan Untuk Derma Jamin Najib Dibeku


Sebuah akaun bank yang dibuka Umno Pekan untuk membantu
membayar wang ikat jamin ketua bahagiannya dan bekas perdana menteri Datuk Seri
Najib Razak dilaporkan telah dibekukan.
Ketua Wanita Umno Pekan, Zalmah Abdul Rahman berkata, beliau
hanya mengetahui pembekuan akaun tersebut pagi ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini (pembekuan akaun) hanya di Pekan, saya tidak tahu
mengenai tempat lain, tetapi akaun ini dibuka oleh Umno Bahagian Pekan,”
Zalmah dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail.
Walau bagaimanapun, tabung derma Najib yang diikhtiarkan
bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih
beroperasi.
Razlan memberitahu Malaysiakini jumlah sumbangan terbaru
yang diterima hanya boleh diperiksa pada hari Isnin ini.

Setakat jam 5 petang semalam, dana itu telah mengumpul derma
berjumlah RM223,908.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar wang ikat jamin
berjumlah RM1 juta pada hari Isnin.
Najib telah membayar ansuran pertama RM500,000 pada hari
Rabu lalu selepas meminta untuk dibicarakan mahkamah terhadap tiga pertuduhan
pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.
Pendakwaan terhadap Najib berkaitan dengan kes SRC
International, bekas anak syarikat 1MDB.



– Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel