Connect with us

Berita Lain

Anak Malaysia Pembawa Bola Piala Dunia


KUALA LUMPUR: Meskipun Malaysia tidak menghantar pasukan
bola sepaknya ke Piala Dunia Russia, namun setidak-tidaknya ada anak Malaysia
yang mencipta sejarah ‘muncul’ di temasya itu.
Ia selepas seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang Selangor terpilih untuk ‘terbang’ ke
Russia menggalas tanggungjawab selaku pembawa bola untuk aksi berprestij itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kelibat Adam Riezman Roslam dapat dilihat pada aksi pusingan
ke-16 membabitkan tuan rumah, Russia yang bertemu Sepanyol yang berlangsung di Stadium
Luzhniki, Moscow, malam pagi tadi.
Ini sekali gus menyaksikan Adam menjadi anak Malaysia
pertama yang terpilih sebagai pembawa bola bagi temasya penuh gemilang yang
setakat ini sudah memasuki pusingan kedua.
Pelajar bertuah itu berpeluang ke Russia selepas mengungguli
Kejohanan Pertandingan Kemahiran Kanak-Kanak anjuran KIA yang turut menawarkan
hadiah wang tunai RM800.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun wang tunai itu mungkin kecil nilainya jika
dibandingkan dengan peluang Adam untuk membawa bola pada aksi terbabit sekali
gus berada dalam satu barisan bersama pemain terkemuka seperti Gerard Pique,
David de Gea dan Igor Akinfeev.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel