Connect with us

Berita Lain

Bayi Empat Bulan Maut Tersedak Susu


Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia
dipercayai tersedak susu semasa di bawah jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak
(taska) di Bukit Baru di sini hari ini.
Mangsa, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin meninggal dunia pada
pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka
di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ibu bayi itu, Roslina Ismail, 34, berkata, dia yang bertugas
di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist Melaka dimaklumkan mengenai
kejadian itu oleh pihak taska pada pukul 12 tengah hari dan bergegas ke lokasi, lapor Kosmo.
“Pihak taska memberitahu Yusof Al-Baihakki tersedak
susu dan membawa anak saya ke hospital.
“Doktor yang merawat kemudian mengesahkan bayi saya
telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik di sini
hari ini.
Roslina berkata, dia reda dengan kehilangan anak kedua itu
yang dinanti-nantikan selama tujuh tahun selepas kelahiran anak sulungnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten
Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, soal siasat mendapati bayi tersebut
diberikan susu pada pukul 8.50 pagi dan tidak memberi respon ketika dikejutkan
kira-kira dua jam kemudian.
Katanya, laporan polis dibuat oleh pihak hospital pada pukul
2.30 petang dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Jenazah Yusof Al-Baihakki akan dibawa pulang ke Kota Bahru,
Kelantan untuk dikebumikan selepas selesai dibedah siasat.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel