Connect with us

Berita Lain

Bekas KPN Ismail Omar Diterima Masuk Sebagai Peguambela Dan Peguamcara

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
hari ini diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi
Malaya.
Ismail, 65, yang kini, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif The
New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) yang dianugerahkan Ijazah Sarjana
Muda Undang-Undang dengan kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa merupakan
pempetisyen paling kanan dari segi usia yang diterima masuk dan didaftar
sebagai peguambela dan peguamcara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin
Hassan.
Pada majlis itu, peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat selaku
tenaga pengajar menyarungkan jubah peguam kepada Ismail selaku pelajarnya
sebagai simbolik beliau (Ismail) kini adalah pegumbela dan peguamcara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, peguam pengusul Mad Diah Endut membacakan
petisyen Ismail bagi memperkenalkan latar belakangnya selaku pempetisyen.
Mad Diah berkata: Pempetisyen (Ismail), merupakan anak
kelima daripada 10 beradik kepada pasangan Allahyarham Omar Rahman dan Hasnu
Ariffin dan telah mengikut jejak langkah ayahnya menjadi warga Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
Peguam pengusul itu berkata kerjaya pempetisyen dalam PDRM
bermula di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru pada 1971 sebagai Inspektor Pelatih
dan setelah menamatkan latihan pada 1972, kariernya bermula sebagai Pegawai
Penyiasat Jenayah di Ibu Pejabat Polis, Seremban sebelum beliau menyandang
jawatan sebagai Ketua Polis Negara yang kesembilan pada 13 Sept 2010.
Mad Diah berkata pempetisyen turut dikenali sebagai seorang
ketua polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin dalam kalangan pegawai
dan anggota bawahannya dan antara kenangan pempetisyen semasa menyandang
jawatan Ketua Polis Negara ialah apabila pasukan keselamatan negara berjaya
menumpaskan ancaman pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 2013 dan kejayaan PDRM
dalam siasatan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Morib,
Selangor pada 2010.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Selepas tamat perkhidmatan dalam PDRM pada 17 Mei 2013,
pempetisyen telah dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Perancis dari 2013
hingga 2015,” katanya yang turut memaklumkan pempetisyen telah menamatkan
latihan dalam kamar di bawah tunjuk ajar pengajarnya, Datuk Khairul Anwar
Rahmat di Tetuan Khairul A. & Co.
Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguambela dan
peguamcara itu tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis
Peguam dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ismail yang ditemani isterinya Puan Sri
Suriati Md Sobri ketika ditemui pemberita berkata beliau akan meneruskan
khidmatnya kepada orang ramai sebagai peguambela dan peguamcara demi keadilan.
“Mungkin juga saya akan melibatkan diri dalam Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) tanpa kepentingan apa-apa…semata-mata demi membantu bangsa
sejagat dan untuk membantu mereka yang lemah dan mereka yang tidak berpeluang
untuk mempertahankan hak-hak mereka,” katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel