Connect with us

Berita Lain

Bekas PA tuduh Amaris, Datuk Vida bercinta… Amaris mahu bersemuka!

Pelakon Putra Amaris (kanan) menyangkal dakwaan dia mempunyai hubungan istimewa dengan usahawan terkenal Datuk Seri Vida seperti didakwa bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal (kiri).



PETALING JAYA: Pelakon Putra Amaris bersedia bertemu dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang dipecat iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli selepas pemuda itu mendakwa Amaris dan jutawan itu menjalinkan hubungan istimewa.


Amaris berkata, dia tidak pasti mengapa Iqbal membuat tuduhan melulu itu memandangkan mereka tidak pernah bertemu atau mengenali antara satu sama lain sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Atas dasar itu, Amaris berkata, dia sedia untuk bertemu Iqbal bagi membolehkan dia mengetahui sendiri apakah kesalahannya agar salah faham di antara mereka boleh diselesaikan secara baik.


“Ikutkan darah muda saya memang perasaan marah itu ada apabila dituduh dengan pelbagai perkara tidak berasas tetapi lebih baik saya tidak beri sebarang komen dan bersikap positif.


Amaris enggan mengulas lanjut mengenai tuduhan terhadapnya.


“Saya bukan hendak mencari gaduh dengan sesiapa… Jika dia rasa saya ada buat salah, saya sedia berjumpa dengannya.


“Kita kenal-kenal sambil minum kopi, mana tahu boleh jadi kawan selepas ini daripada mengeluarkan kenyataan sembarangan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.


Amaris diminta mengulas mengenai komen Ahmad Iqbal dalam sebuah rakaman televisyen dalam talian yang menuduhnya mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Vida termasuklah mengatakan mereka sering memakai pakaian bersama.


Ahmad Iqbal seolah-olah tidak mengetahui Amaris sebenarnya sudah berkahwin.


Dalam pada itu, Amaris atau Amran Ismail, 32, berkata, dia tidak pernah mencampuri sebarang urusan berhubung hal yang berlaku di antara Datuk Vida dan Iqbal sebelum ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Malah kata Amran, Datuk Vida juga tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai AHmad Iqbal kepadanya dan kerjasama di antara mereka sejak kebelakangan ini hanya atas dasar kerja.


“Pada pandangan saya, apa juga masalah dia dengan Datuk Vida seelok-eloknya dia sendiri selesaikan tanpa melibatkan orang lain.


“Saya sendiri tidak tahu menahu apa yang berlaku sebelum ini kerana jarang beri perhatian terhadap perkara yang tiada kena mengena dengan saya.


“Tambahan pula saya sendiri sibuk dengan penggambaran dan tiada masa untuk mengambil tahu hal orang lain,” jelasnya.


Dalam pada itu ditanya adakah tuduhan Ahmad Iqbal itu boleh menggores hati isterinya iaitu Nur Syazwani Alias, 28, Amaris bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara berkenaan.


Amaris kini berada di Ipoh, Perak bagi menyertai program rumah terbuka anjuran Datuk Vida bersama anak yatim dan tahfiz yang diadakan di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS).

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel