Connect with us

Berita Lain

‘Beku akaun bank, bukan balas dendam’

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor



TUN Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya pembekuan akaun bank berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tindakan balas dendam.


Perdana Menteri berkata, individu atau mana-mana pihak yang dikenakan tindakan pembekuan akaun bank, boleh mengambil tindakan mahkamah jika tidak berpuas hati.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kita nak balas dendam apa? Apa yang dia (kerajaan terdahulu) buat dulu, lebih daripada itu. Kita tidak pernah mengadu. Semua kawan-kawan saya dihalau dan mereka tidak dibenarkan berkawan dengan saya.


“Pembekuan akaun bank mereka juga dilakukan, mana ada kita mengadu, kita tidak pernah mengadu.


“Ini kononnya tuduhan (beku akaun berkaitan 1MDB), apa nak tuduh? Dia boleh tuduhlah, dia salah. Kalau dia kata ini salah, bawa ke mahkamah,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.


Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir pihak kononnya pembekuan akaun UMNO dan beberapa individu berkaitan siasatan 1MDB adalah tindakan berunsurkan balas dendam.


Media sebelum ini melaporkan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mempersoalkan sama ada kerajaan berdendam dengan seluruh keluarganya selepas akaun bank peribadi beliau dan anak lelakinya dibekukan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Nooryana Najwa mendakwa akaun banknya dibekukan selepas membayar wang jaminan bekas Perdana Menteri itu, kelmarin.


Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membekukan lebih 400 akaun bank termasuk parti politik dan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel