Connect with us

Berita Lain

Bersatu Mampu Ganti Umno

SHAH ALAM – Bersatu boleh menjadi wadah baru buat bekas ahli
Umno yang masih mahu mengangkat dasar dan perjuangan utama parti tersebut yang
kini dilihat seakan tergelincir dari landasannya.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed
berkata, Bersatu tidak dapat lari dari hakikat mengaitkan mereka dengan Umno
kerana asas perjuangan mereka mirip kepada parti berusia 74 tahun itu.
Menurutnya, Bersatu mungkin akan menjadi alternatif kepada
Umno namun ia menjurus kepada perjuangan asal parti itu, bukan seperti yang
berlaku sekarang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita tak dapat lari dari katakan Bersatu pengganti kepada
Umno namun yang lebih penting adalah Umno 2.0 ini, Bersatu ini, ia akan lebih
berpandukan tujuan asal perjuangan Umno.
“Bagi saya, ia adalah satu perkara sangat menarik kerana
Umno pada masa kini bukan lagi Umno pada perjuangan asal mereka. Ini akan
jadikan Bersatu sebagai wadah perjuangan baru buat bekas ahli Umno.
“Saya fikir keahlian Bersatu untuk bekas ahli Umno akan
dibuka. Dalam waktu terdekat mungkin tidak tapi pada masa depan mungkin ia akan
berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Bersatu bakal menjadi
pelindung baharu kaum Melayu bagi menggantikan Umno yang semakin rosak ketika
ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya, kenyataan Tun Dr Mahathir berhubung isu berkenaan
tepat pada masanya kerana ia secara tidak langsung menjelaskan kepada rakyat
falsafah serta dasar perjuangan parti itu.

“Perkara itu tidak akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan
malah perjuangan Bersatu juga lebih jelas bila Tun Dr Mahathir kata sebegitu
terutamanya untuk menarik sokongan penyokong yang dulu bersama Umno tapi kini
tidak lagi bersama mereka.
“Malah, secara tidak langsung Bersatu akan menjadi parti
yang lebih inklusif,” ujarnya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel