Connect with us

Berita Lain

Bookie RM3.5 Juta Dicekup


POLIS Selangor memberkas lelaki dipercayai mengendalikan
pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 bernilai RM3.5 juta.
Dalam kejadian 11.30 malam tadi, lelaki berusia 21 tahun itu
ditahan dalam serbuan di pejabatnya di Subang Jaya, oleh Bahagian Siasatan
Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Selangor.
Serbuan itu hasil risikan dan maklumat Unit Siasatan Jenayah
Komputer (D10) Forensik Bukit Aman dan Unit Jenayah Siber dan Multimedia,
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lelaki yang mengendalikan pertaruhan dalam talian sejak tiga
bulan lalu ditahan ketika leka menerima pertaruhan daripada lebih 1,500 kaki
judi dari seluruh negara pada separuh masa pertama perlawanan akhir Piala Dunia
antara Perancis dan Croatia.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam
Ahmad Shahabudin berkata, pertaruhan dalam talian dibuat menggunakan telefon
bimbit, laman sosial Facebook dan aplikasi WeChat.
“Kegiatan ini beroperasi sejak sebelum perlawanan
pusingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 dan setiap individu yang ingin
membuat pertaruhan dimestikan untuk menjadi ahli dalam aktiviti perjudian dalam
talian ini.
“Malah, selain mengendalikan pertaruhan perlawanan bola
sepak, suspek juga turut menjalankan aktiviti pertaruhan 16 jenis permainan
lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut
merampas enam monitor; satu router; satu camera; dua modem; tiga pemacu keras;
dua pembesar suara; empat pemacu komputer; dua penjana TAC; dua kad akses; enam
telefon bimbit; satu kalkulator; empat pusat simpanan data maya; satu buku cek;
tujuh resit bank; satu resit barang penghantaran; dua resit deposit tunai
perbankan; satu kad nama dan 11 kertas catitan kata laluan untuk mengakses
akaun pertaruhan.
“Berdasarkan siasatan awal, setiap transaksi pertaruhan
dibuat di premis ini menggunakan beberapa akaun perbankan tempatan.
“Pada masa ini pihak JSJK sedang meneruskan siasatan
serta melakukan semakan berkaitan laman web berkenaan bagi membantu siasatan
selanjutnya,” katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pertaruhan.
– Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel