Connect with us

Berita Lain

Dasar Ekonomi Tidak Harus Berasaskan Kaum – Azmin

KUALA LUMPUR — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) percaya dasar
ekonomi negara tidak harus berasaskan kaum sebaliknya perlu berdasarkan
keperluan rakyat demi faedah kepada seluruh warga Malaysia, kata Menteri Hal
Ehwal Ekonomi  Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali.
“Ini yang diamalkan dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi di
Selangor. Justeru, dengan pengalaman 
saya yang tidak seberapa di Selangor (selaku menteri besar sebelum ini),
kita boleh kembangkan  amalan ini ke
peringkat nasional dan lihat sejauh mana dasar-dasar ekonomi kita  boleh memberi manfaat kepada  seluruh rakyat Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) ini bertujuan
memastikan ia memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat,” katanya kepada
pemberita di lobi parlimen, di sini hari ini.
Mohamed Azmin berkata DEB tidak akan digantikan sepenuhnya
namun jika ada keperluan, dasar baharu akan diperkenalkan seiring dengan hala
tuju baharu kerajaan PH.
Katanya  perkara itu
akan dilihat oleh Unit Perancang Ekonomi 
dan beliau berharap sebahagian daripada 
dasar baharu, jika perlu,  akan
diperkenalkan semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
(RMK) ke-11 pada November ini.
Katanya berbanding kajian separuh penggal RMK sebelum ini
yang lazimnya melibatkan 
pembentangan  penilaian
dasar-dasar yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun RMK tersebut, kali ini
kerajaan PH akan memperkenalkan dasar dan hala tuju baharu kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau turut memberi jaminan kajian semula DEB atau
pelaksanaan dasar baharu akan tetap menjamin hak-hak bumiputera namun akan
dilakukan secara lebih adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak.
Ditanya mengenai objektif dasar baharu terbabit,  Mohamed Azmin berkata cabaran terbesar
kerajaan pada masa ini ialah untuk memulihkan semula keyakinan pelabur serta
mengekalkan pelaburan langsung asing yang merupakan keutamaan kerajaan.
DEB diperkenalkan pada 1970 dengan tujuan membasmi kemiskinan
dan menstrukturkan semula masyarakat.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel