Connect with us

Berita Lain

Dewan Rakyat Mula Bersidang Hari Ini

Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan
mesyuarat pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang
menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu.
Mesyuarat akan bermula pada 10 pagi dengan urusan pertama
yang akan diselesaikan iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan
bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos akan dilantik memegang
jawatan penting itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selepas pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, urusan
mesyuarat akan diteruskan dengan istiadat angkat sumpah anggota Parlimen,
diketuai Dr Mahathir.
Kesemua 221 Anggota Dewan Rakyat dijangka mengangkat sumpah
kecuali Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen
Pagoh, yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada
pankreas baru-baru ini.
Urusan mesyuarat kemudiannya akan disusuli dengan pemilihan
dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada kalangan anggota Parlimen bagi
membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan urusan mesyuarat dan
memastikannya berjalan lancar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara menyaksikan
peralihan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) dan detik itu akan disiarkan
secara langsung oleh semua stesen TV utama negara.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari
hingga 16 Ogos.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan merasmikan
serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Selasa.
Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April
lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel