Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Jawab Zahid Di Parlimen

Kerajaan menimbang untuk mendapatkan kemudahan pinjaman
daripada Jepun bagi mengurangkan ‘high cost of money’ kerana kadar faedah
hutang yang diambil pentadbiran terdahulu terlalu tinggi iaitu sebanyak enam
peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata nilai wang Yen Jepun lebih murah berbanding
Ringgit, dengan Yen bernilai AS$1 sen, manakala RM1 bernilai AS$ 25 sen, dan
membayar balik hutang negara dengan Yen Jepun bermakna negara tidak dibebani
dengan kadar faedah tinggi sebanyak lebih daripada enam peratus.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya kerajaan juga hanya akan meminjam Yen sebanyak nilai
AS$ atau jumlah Ringgit yang dihutang.
Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan
Datuk) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, Dr Mahathir
turut mendedahkan bahawa kerajaan sebelum ini membayar komisyen 10 peratus
kepada Goldman Sachs daripada hutang yang diambil.
“Ini bermakna kerajaan dahulu mendapat hanya 90 peratus
daripada wang yang dihutang tetapi membayar faedah ke atas 100 peratus wang
dihutang. Faedah ke atas 90 peratus meningkat kepada 6.6 peratus,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu,
kerajaan Malaysia pernah menerima tawaran pinjaman mudah daripada kerajaan
Jepun pada kadar faedah 0.7 peratus, dan tempoh bayaran balik selama 40 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Kita tidak tahu sama ada kerajaan Jepun boleh memberikan
kadar faedah serendah itu lagi, membayar balik hutang dengan Yen berfaedah
serendah itu lagi, tetapi membayar balik hutang dengan Yen berfaedah rendah bermakna
kita tidak lagi dibeban dengan faedah lebih tinggi dari enam peratus hutang
asal.
“Hutang Yen akan mengganti hutang AS$ atau Ringgit. Kita
masih berhutang tetapi kos hutang menurun. Inilah sebabnya yang kita cuba
mendapat pinjaman Yen daripada kerajaan Jepun,” katanya. – Kinitv


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel