Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Sasar Khazanah Kerana Rugi RM3 Bilion


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyasarkan Khazanah
Nasional kerana syarikat pelaburan negara itu kerugian RM 3 bilion dalam
pelaburan, kata laporan akhbar The Straits Times Singapura.
Laporan itu menyebut Khazanah pada tahun 2008
“memulakan strategi pelaburan yang sangat sulit” yang mana sayarikat
itu meletakkan dananya dengan pengurus bank berpengalaman, Luqman Arnold.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Melalui kumpulan pelaburannya, Olivant, Luqman Arnold juga
menguruskan beberapa institusi besar kewangan Eropah.

Pelaburan berkenaan digelar sebagai “Operation
Twist” yang kemudian menjadi “Operation Red” yang melibatkan
Khazanah, bersama dengan Olivant dan Bank Santander dari Sepanyol yang
bertindak sebagai rakan kongsi, memperoleh kepentingan 2.6 peratus di Bank
Swiss, UBS.
Seluruh saham di UBS diuruskan oleh Lehman Brothers, yang
pada tahun 2008 difailkan muflis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Lehman Brothers bankrup
“Bagaimanapun, perjanjian itu terbatal ketika Lehman
Brothers bangkrup pada akhir September 2008.
“Keseluruhan pemegangan saham di UBS telah disimpan di
dalam akaun-akaun yang diuruskan oleh bank Wall Street yang gagal, yang
mengakibatkan kerugian pelaburan Khazanah bernilai RM3 bilion,” kata
laporan itu.
Laporan itu berkata Khazanah secara agresif cuba mendapatkan
kembali wang yang lesap akibat kerugian daripada pelaburan gagal itu.
“Ia membuat tuntutan dengan pentadbir global Lehman,
PriceWaterHouseCoopers dan selepas empat tahun berjaya memulihkan kira-kira 50
peratus daripada pelaburannya berdasarkan sumber kewangannya,” lapor The
Straits Times.

Laporan itu juga menyatakan komen kritikal Mahathir terhadap
Khazanah berpunca daripada episod ini.
“Pegawai kerajaan kanan yang mengetahui hal ehwal dana
itu berkata perdana menteri telah membuat rujukan tersendiri mengenai masalah
kewangan setelah keruntuhan Lehman,” katanya.
Laporan itu berkata Mahathir, sejak memimpin Pakatan Harapan
dalam pentadbiran persekutuan, telah menolak beberapa permintaan untuk
pelantikan daripada pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, yang
membawa kepada peletakan jawatan lembaga pengarah urusan syarikat GLC itu
secara beramai-ramai.
Mahathir mengalu-alukan perletakan jawatan pengarah urusan
dan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad bagi “membolehkan
kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan polisi pentadbiran
baru yang sedia ada.

– Malaysiakini

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel