Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Tak Puas Hati

PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan
rasa tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di
Parlimen.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak bercadang
menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan
timbalan menteri menjalankan tugas di Parlimen, lapor Harian Metro.
“Saya tidak pernah berpuas hati dengan semua perkara, namun
menteri dan timbalan menteri perlu meningkatkan prestasi kehadiran mereka di
Dewan Rakyat dan mereka perlu ada alasan yang kukuh untuk tidak hadir,” katanya
pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian ditanya sama ada berpuas hati dengan
tahap kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen bagi menjawab soalan
di Dewan Rakyat.
Berdasarkan aturan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya soalan pertama kepada
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung pinjaman mudah dari Jepun tetapi
mengejutkan soalan itu di jawab Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan mengenakan KPI kerana
beliau maklum bahawa menteri dan timbalan menteri mempunyai tugasan lain yang
perlu dilaksanakan.
“Sidang Dewan Rakyat ini berjalan hampir separuh hari dan
untuk 20 hari persidangan ini sukar untuk mereka hadir dan berada di sini
sepanjang hari… itu tidak praktikal.
“Kita perlukan mereka untuk tugasan lain juga,” katanya


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan diri beliau
dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir
berkata, beliau berusaha sebaik mungkin.
“Saya sudah cuba membahagikan masa sebaik mungkin untuk
bekerja 24 jam sehari selagi mampu.
“Jika ada lebih masa hingga 36 jam sehari , saya harap dapat
bekerja 36 jam sehari,” katanya berseloroh.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel