Connect with us

Berita Lain

Dr Maza Desak Ramasamy Jawab

PERLIS – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
mendesak Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy menjawab
dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan Liberation Tigers of Tamil Eelam
(LTTE).
Menurutnya, rakyat bimbang sekiranya wujud mana-mana
kumpulan terlibat dengan kumpulan pengganas di negara ini.
“Beliau mesti menjawab isu yang dibangkitkan ini. Kita amat
bimbang jika wujud kumpulan yang terlibat dengan pertubuhan pengganas Pemisah Tamil
tersebut dalam negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apakah ini sebabnya beliau takut untuk berdialog? Bangkit
rakyat Malaysia! Pengganas tiada tempat untuk negara ini,” katanya melalui
laman Facebooknya, hari ini.
Beliau berkongsi status pendakwah yang juga Presiden
Multiracial Reverted Muslim (MRM) Firdaus Wong berkenaan keratan berita yang
antara lain menyebut Ramasamy menjemput ahli LTTE, V.Gopalasamy atau Vaiko ke
majlis perkahwinan anaknya, tahun lalu.
Vaiko ditahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa dan
disoal siasat beberapa jam susulan namanya telah disenarai hitamkan.
Firdaus dalam status tersebut sempat mengajukan soalan buat
Ramasamy berhubung perkara itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kenapa P. Ramasamy menjemput seseorang yang disenarai
hitamkan oleh kerajaan Malaysia dan pernah dipenjarakan di India pada 2009
serta mempunyai kaitan dengan LTTE? Mungkin rakyat perlu tahu jawapan
Ramasamy,” katanya.
Sebelum ini, P Ramasamy memberi cadangan supaya Zakir
dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak
terjejas.
Berkait perkara ini, Dr Maza ada mencadangkan agar pendakwah
Islam terkenal, Dr Zakir Naik dan Ramasamy berdebat secara terbuka bagi
menentukan siapa pengganas yang sebenar.
-Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel