Connect with us

Berita Lain

Ellie Suriaty, penyokong sekali lagi berkumpul di mahkamah



KUALA LUMPUR: Pelakon Ellie Suriaty antara yang dilihat berada di perkarangan kompleks mahkamah Jalan Duta bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka hadir untuk membayar baki wang jaminannya.


Ellie tiba bersama beberapa penyokong lain kira-kira pukul 9.25 pagi Isnin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Turut hadir Ahli Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Petugas media turut berkumpul di perkarangan kompleks mahkamah itu seawal pukul 8 pagi.


Pada Rabu, Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.


Tiada pengakuan daripada Najib kerana kes akan disebut semula di Mahkamah Tinggi untuk direkodkan pengakuan.


Bagi tiga pertuduhan pecah amanah, Najib selaku penjawat awam iaitu perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC International didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM42 juta yang di Menara Ambank, Jalan Raja Chulan antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014.


Beliau turut didakwa menggunakan jawatan sebagai Perdana menteri ketika itu untuk suapan berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terlibat membuat keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Sofian Abdul Razak menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta untuk semua pertuduhan, di mana RM500,000 dibayar pada Rabu dan baki sebelum 3 petang Isnin depan, bersama 2 penjamin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Najib dibebaskan selepas dijamin oleh dua anaknya yang membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi pada Rabu.


Jaminan itu dibayar Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib di sebuah bank dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.


Najib juga perlu menyerahkan 2 pasportnya kepada mahkamah dan 8 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel