Connect with us

Berita Lain

Ellie Suriaty Tak Hadap Publisiti Murahan

PELAKON Ellie Suriaty berkata penyertaannya dalam
perhimpunan dan demonstrasi anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan
bertujuan meraih publisiti murahan.

Menurut Ellie, 48, dia mempunyai beberapa alasan kukuh
menghadiri perhimpunan aman dan menafikan tindakannya itu bersifat peribadi
atau rasis.
“Saya tidak mencari publisiti murah kerana saya bukan orang
begitu tapi saya marah apabila perpaduan dan keamanan terjalin antara kita
semua rosak kerana pemerintahan sekarang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya bukan rasis, apabila orang Melayu memperjuangkan
bangsa dan agama itu bukan rasis. Tidak wajar dituduh begitu kerana kita juga
ada NGO pelbagai bangsa.
“Raja Melayu milik semua bangsa sebab itu kita mengangkat
institusi diraja dan menolak negara ini menjadi negara republik,” katanya
ketika berucap di himpunan anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru.
Kira-kira 100 orang penyokong himpunan itu mula berkumpul di
kawasan lapang berhampiran kawasan parkir kereta bertingkat Bukit Aman seawal
jam 8 pagi.
Mengikut perancangan, mereka akan bergerak ke Jalan Parlimen
untuk menyatakan perasaan masing-masing dan menunggu ketibaan kereta rasmi
Sultan Muhammad V yang dalam perjalanan ke parlimen.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Bagaimanapun penganjur memberikan arahan bersurai kira-kira
jam 9.45 pagi selepas polis tidak memberi kebenaran mereka berbuat demikian.
Dalam video ucapan tersebut, turut kelihatan presiden NGO
tersebut iaitu Lokman Noor Adam.
Sebelum ini, pelakon filem Seriau ini hadir ke Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak. – Mstar


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel