Connect with us

Berita Lain

‘Fikir Tentang Ayah Saya Sekali Ini’

Anak perempuan bekas perdana menteri, Nooryana Najwa Najib,
menggesa rakyat Malaysia memikirkan tentang ayahnya yang kini berada di dalam
tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Selama 42 tahun, dia (Najib) memikirkan rakyat sebaik
bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya
sekali ini ketika dia sangat memerlukan kita,” katanya melalui kiriman di
Instagram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Keterangan pada kiriman yang memaparkan Najib memegang
seorang bayi itu turut disertai tanda pagar “#freenajib
#respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn”.
Dalam perkembangan sama, melalui kenyataan media yang
dikeluarkan jurucakapnya, Datuk Seri Najib Razak, mengecam dakwaan yang akan
dikenakan ke atasnya.
Kenyataan jurucakap Najib itu menyifatkan dakwaan berkenaan
“bermotif politik” dan merupakan tindakan “balas dendam”
oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir
Mohamad.
“Penahanan Najib oleh SPRM hari ini sudah dijangkakan
memandangkan sejak mengambil alih kerajaan, kepimpinan HARAPAN sudah
‘melaksanakan pensabitan bersalah’ ke atas bekas perdana menteri itu di mata
umum.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Dakwaan berhubung SRC International ke atas Najib
esok, selain siasatan 1MDB dan anti pengubahan wang haram ke atas Najib adalah
bermotif politik dan merupakan hasil politik balas dendam oleh HARAPAN yang
diterajui Dr Mahathir,” kata kenyataan jurucakap itu.
Kenyataan itu turut mendakwa bekas perdana menteri itu akan
mencabar dakwaan ke atasnya dan akan membersihkan namanya di mahkamah.
Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia petang
tadi di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan dibawa ke ibu
pejabat agensi berkenaan di Putrajaya,
Najib dijangka akan didakwa di mahkamah esok.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel