Connect with us

Berita Lain

Firma Tukang Emas Lubnan Saman Rosmah RM60 Juta

Foto: The Reporter

Seorang tukang emas borong dari Lubnan telah memfailkan
saman RM59,831 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, Jun lalu berikutan 44
barangan kemas yang dihantar kepada Rosmah pada Februari tahun ini telah
dirampas oleh polis pada Mei, lapor MalaysiaKini.
Dalam pernyataan tuntutan Global Royalty Trading SAL yang
berpangkalan di Beirut, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay, berkata,
Rosmah merupakan pelanggan lama dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di
seluruh dunia termasuk kepada keluarga diraja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dakwa syarikat itu, seperti tahun-tahun sebelum ini,
firmanya akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya
untuk dinilai dan dibeli serta dibayar oleh Rosmah sendiri ataupun oleh pihak
ketiga. Barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.
Menurut syarikat itu lagi, Rosmah adakalanya akan meminjam
barang kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala
Lumpur, Singapura atau Dubai yang turut disertakan dengan memorandum penyerahan
yang menerangkan terma dan syarat bahawa hak milik barangan berkenaan tetap
dengan firma tersebut.
Menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Februari
2018, Global Royalty telah menghantar 44 unit barangan kemas termasuk kalung
berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satunya bernilai
antara RM498,852 ke RM3,721,737.50. Malah dalam surat bertulis yang bertarikh
22 Mei, Rosmah mengakui menerima barangan berkenaan.
“Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan
konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak
berkuasa Malaysia,” kata kenyataan tuntutan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan
mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah kepada 44 unit barangan kemas yang
dirampas polis dan memohon perintah mandatori agar barangan berkenaan
dikembalikan atau secara alternatif. Sekiranya tidak dapat dipulangkan, Rosmah
perlu membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas
tersebut.
Difahamkan, kes tuntutan itu akan diadakan hari ini.
Mei lalu, polis menyerbu dan merampas pelbagai barangan
mewah dan wang tunai dari dua unit kediaman yang mempunyai kaitan dengan Najib
di Pavilion Residences, Kuala Lumpur. 

Pada 4 Julai lalu, bekas perdana menteri itu mengaku tidak
bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan
kuasa berkaitan dengan dana yang melibatkan SRC International.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel