Connect with us

Berita Lain

Guru Disyaki Cabul Pelajar Lelaki Diburu


Polis sedang memburu seorang guru bahasa Inggeris di sebuah
sekolah menengah di Kulai bagi membantu siasatan berkaitan kes cabul terhadap
seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun, April lepas.
Berdasarkan laporan mangsa, guru lelaki itu didakwa
melakukan perbuatan tersebut pada 11 April dan 22 April lepas.
Kejadian kali pertama berlaku di sebuah bilik perpustakaan
sekolah berkenaan apabila guru tersebut meminta pelajar berkenaan menanggalkan
baju dengan alasan untuk membuat pemeriksaan badan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Guru itu kemudian bertindak mencium bibir pelajar terbabit
dan memaklumkan bahawa perbuatan berkenaan melayakkan remaja itu menjadi
seorang pengawas sekolah.
Pelajar tingkatan tiga itu sekali lagi menjadi mangsa di
sebuah bilik di rumah guru berkenaan apabila guru itu mengulangi perbuatan
jijik yang sama.
Pelajar terbabit tidak berani bersuara dan hanya melaporkan
kejadian berkenaan kepada pihak sekolah pada 26 Julai lalu ketika guru
berkenaan sedang bercuti tanpa gaji selama sebulan.
Atas nasihat pihak sekolah, pelajar tersebut kemudian
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada jam 10 pagi
semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pelajar tersebut kemudian dirujuk ke hospital bagi
pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi
Mukhtar yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian
berkenaan.
“Kami sedang mengesan guru berkenaan yang ketika ini sedang
bercuti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual
Kanak-kanak 2017,” katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel