Connect with us

Berita Lain

Hantar gambar sebelum minum racun

         GAMBAR hiasan


LELAKI sempat memuat naik gambar gelas plastik yang digunakannya untuk minum racun kepada kumpulan WhatsApp sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ladang kelapa sawit di Kilometer 70, Jalan Mukah-Selangau, Mukah, semalam.


Robert Merayang Ngindang, 37, ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya kira-kira 8 pagi selepas mencari suaminya di rumah berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, isteri mangsa menyedari tindakan suaminya itu selepas dihubungi rakan lelaki terbabit.


Katanya, rakan suaminya memaklumkan lelaki terbabit ada memuat naik gambar gelas berisi racun di dalam kumpulan WhatsApp.


“Lelaki terbabit ditemui tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut.


“Bagaimanapun, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia 2 petang semalam ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi NSTP.


Jimmy berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit bertindak sedemikian kerana berselisih faham dengan ibunya sehari sebelum kejadian.


Katanya, mangsa dikatakan tertekan akibat mempunyai tanggungan yang ramai kerana ibu dan isterinya tidak bekerja.


“Mangsa mengalami tekanan akibat masalah perbelanjaan harian kerana menjadi penanggung tunggal kepada keluarganya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Tekanan itu mendorong dia bertindak sedemikian sehingga meragut nyawanya,” katanya.


Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel