Connect with us

Berita Lain

Hong Kong Tolak Serah Jho Low Dua Tahun Lepas – Polis Singapura

SINGAPURA, 11 Julai — Hong Kong menolak permintaan Singapura
untuk membantu menangkap ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, yang didakwa
sebagai orang utama terlibat dalam 
skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada April 2016.
Singapura sedar tentang laporan berita bahawa tiada
permintaan dibuat oleh Singapura, kepada Hong Kong, bagi menangkap dan
mengekstradisi Low.
“Laporan ini tidak benar,” kata Polis Singapura dalam satu
kenyataan hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

 “Kami mengeluarkan
waran tangkap ke atas Low pada April 2016, berikutan siasatan dan tuduhan
terhadap beliau kerana kesalahan pengubahan wang haram dan secara tidak jujur
menerima harta curi.
“Pada bulan yang sama, bertindak atas maklumat yang
diterima, kami menghantar permintaan kepada Jabatan Kehakiman Hong Kong untuk
permintaan bagi penangkapan bersyarat Low di bawah  Perjanjian antara Kerajaan Republik Singapura
dengan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China bagi
penyerahan Pesalah Fugitif.
“Permintaan Singapura itu ditolak oleh pihak berkuasa Hong
Kong,” katanya.
Pada Oktober 2016, Polis Singapura berkata ia juga memohon
penerbitan satu Notis Merah Interpol terhadap Low.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Notis sedemikian merupakan permintaan oleh sesebuah negara
anggota bagi mengesan dan menangkap secara bersyarat seseorang berasaskan waran
tangkap nasional yang sah.
 Hingga kini,
kedua-dua waran tangkap dan Notis Merah Interpol terhadap Low masih
berkuatkuasa.
 “Low kekal sebagai
orang kepentingan utama kepada Singapura dalam siasatan berkaitan 1MDB yang
sedang berjalan,” katanya.
Adalah dilaporkan bahawa Low dan keluarganya dibenarkan
menyelinap keluar dari Hong Kong ke Macau oleh kerana tiada permintaan formal
oleh Malaysia atau Singapura bagi penangkapannya. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel