Connect with us

Berita Lain

Jangan Lupa Dr Mahathir Juga Termasuk Dalam ’60 Tahun BN’ – Khairy

KELANG: Pakatan Harapan menggunakan alasan “mereka perlu
membetulkan kelemahan BN selama 60 tahun” bagi menutup kegagalan mereka
memenuhi janji manifesto pilihan raya yang dibuat, kata bekas menteri Khairy
Jamaluddin.
Beliau berkata, PH kerap menggunakan alasan itu, misalnya apabila
ia gagal menyelesaikan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
seperti digariskan dalam manifestonya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Telah tiba masanya kerajaan baru berhenti bersembunyi di
sebalik frasa “membetulkan kelemahan BN selama 60 tahun”, malah sebaliknya
mengambil tanggungjawab mentadbir negara ini. Banyak orang kini mula meminta
kerajaan berhenti mencari salah dan memberi tumpuan kepada kerja mereka,
katanya.
“PH berkata sukar baginya mahu membetulkan perbuatan BN,
tetapi mereka tidak harus lupa bahawa 22 tahun daripada pemerintahan BN itu
adalah di bawah Dr Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya ketika berkempen
sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, 4 Ogos depan
Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan presiden Umno dari 1981
hingga 2003, meninggalkan parti itu 2 tahun lepas untuk menubuhkan PPBM dan
kemudiannya memimpin PH memenangi pilihan raya umum ke-14 dan dilantik sebagai
perdana menteri Mei lepas.

PH mendakwa ia mewarisi sebuah kerajaan yang bankrap, tetapi
Malaysia merupakan antara negara yang dipuji oleh agensi antarabangsa seperti
Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia,” kata Khairy, “dan kesemua itu dicapai di
bawah pemerintahan BN.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, adalah menteri
beliau dan sukan di bawah kerajaan sebelum ini.
Beliau berkata, adalah munasabah sekiranya kerajaan PH mahu
mengkritik skandal 1MDB yang berlaku dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan ini,
tetapi “janganlah bercakap seolah-olah BN dan Umno tidak pernah melakukan
apa-apa kebaikan sepanjang 60 tahun lalu,” katanya.




– Free Malaysia Today

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel