Connect with us

Berita Lain

Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Mula Siasatan Pertama Ke Atas Kementerian Pertahanan


PUTRAJAYA — Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan
dan Kewangan Kerajaan memulakan siasatan pertamanya ke atas Kementerian
Pertahanan hari ini, kata Pengerusinya Tan Sri Ambrin Buang.
Beliau berkata jawatankuasa yang ditubuhkan atas persetujuan
mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu itu memulakan tugas siasatan
berkenaan atas permintaan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sendiri.
“Bidang kuasa kita luas, sungguhpun kita telah diminta
untuk memulakan siasatan ke atas Kementerian Pertahanan, bukan bermakna
kementerian lain tidak di bawah bidang kuasa ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita akan berbincang kementerian mana yang lain yang
patut kita siasat berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada kita,”
katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam sidang media itu, Ambrin turut mengumumkan anggota
jawatankuasa siasatan itu yang terdiri daripada bekas Presiden Institut
Akauntan Malaysia Tan Sri Dr Abdul Samad Alias dan bekas  Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah Datuk Dr Mohd Tap Salleh.
Turut menganggotai jawatankuasa itu, Ketua Pengarah Jabatan
Integriti dan Tadbir Urus Negara Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, bekas Pengarah
Audit Jabatan Audit Negara Datin Paduka Ong Swee Leng dan Peguam Bela dan
Peguam Cara Dr Zulqarnain Lukman serta wakil Kementerian Kewangan Rosli Yaakub
yang akan mengetuai sekretariat bagi jawatankuasa itu.
Katanya siasatan jawatankuasa tersebut akan memberi fokus
kepada kes-kes yang mencurigakan di mana-mana kementerian selain mengesyor
langkah-langkah yang lebih baik bagi membasmi ketirisan wang negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebagai permulaan, katanya jawatankuasa itu akan memulakan
penyiasatan ke atas beberapa projek di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan.
Ambrin menegaskan penubuhan jawatankuasa itu tidak akan
bertindih dengan tugas Jabatan Audit Negara kerana jabatan itu perlu
membentangkan laporannya di Parlimen manakala hasil siasatan jawatankuasa itu
hanya akan dibentangkan kepada jemaah menteri untuk tindakan lanjut.
“Penubuhan 
jawatankuasa ini dianggap sebagai audit khas yang berbeza dengan audit
yang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara,” katanya.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan menyediakan laporan
kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kabinet namun tiada tempoh
masa yang diberikan kerana ia bergantung kepada proses siasatan.
Ambrin berkata jawatankuasa itu juga akan memanggil mana-mana
bekas menteri atau timbalan menteri untuk membantu siasatan jika ada keperluan.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel