Connect with us

Berita Lain

‘Jika Begitu Kata Tun M, Calon Haji 1MDB Kena Terima Hakikat’


CUKUP-cukuplah nak mengaitkan Program Khas Haji Perdana
Menteri di bawah Yayasan 1MDB dengan tohmahan politik, demikian kata Datuk Dr
Fathul Bari Mat Jahya kepada segelintir pihak yang masih membicarakan isu
ibadah haji tajaan 1MDB berkait politik.
Fathul Bari berkata, haji adalah ibadah yang pastinya
menjadi satu harapan besar kepada mereka yang menerima tawaran haji itu dan
pastinya berbeza dengan kes syarikat 1MDB yang kini sedang disiasat untuk
membuktikan kebenaran sama ada berlaku penyelewengan wang seperti didakwa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Cukuplah. Berhentilah mengaitkan perkara itu (tajaan haji
1MDB) dengan politik.
“Saya minta hentikan tindakan mengaitkan usaha kerajaan
terdahulu itu dengan sumber kewangan 1MDB sama ada ia daripada sumber betul
atau sebaliknya, biar ia melalui proses mahkamah.
“Seperti saya katakan, kes 1MDB sedang disiasat dan isu soal
(wang tajaan) haram atau tidak, ia tidak boleh disebut secara spesifik kerana
kes masih dalam siasatan,’ tegas beliau.
Bagaimanapun, mengulas mengenai nasib seramai 1,200 calon
haji tajaan 1MDB yang tergendala pemergian mereka sepatutnya Julai ini, Fathul
Bari berkata, jika program itu tidak mendapat kelulusan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad maka calon jemaah haji harus menerima hakikat bahawa mereka
belum diizinkan ALLAH SWT menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Ia bukan rezeki mereka untuk kali ini, itu nasihat saya.
Mereka perlu terima hakikat bahawa 1MDB mempunyai kes yang sedang disiasat.
“Saya akui usaha kerajaan terdahulu mahu menghantar jemaah
menunaikan haji adalah satu usaha baik tetapi perkara lebih penting sekarang
adalah utamakan kes siasatan itu kerana kes lebih besar daripada setiap
individu yang ditawarkan untuk menunaikan ibadat haji tersebut.
“Calon jemaah kena terima hakikat dan berdoa semoga ALLAH
beri peluang lain pula,” katanya.
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel