Connect with us

Berita Lain

‘Kalau Kawan Buang Puntung Rokok Pun Saya Kutip’ – Syed Saddiq


KUALA LUMPUR – “Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan
pertama kali (kutip sampah). Kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi
kutip, biar dia malu dan tak akan buat lagi,” demikian kata Menteri Belia dan
Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Katanya, beliau pantang sekiranya melihat orang membuang
sampah merata-rata.
“Ia bukan sesuatu perkara negatif, mengapa tidak kita
lakukan perkara sama,” katanya menerusi Twitter, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak
tertentu yang mendakwa usahanya mengutip sampah di stadium sebagai satu lakonan
untuk menarik perhatian rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Sinar Harian, malam tadi, Syed Saddiq membuat kejutan sebaik tamat
perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang di Stadium Bukit Jalil,
Kuala Lumpur.
Syed Saddiq yang turut menonton perlawanan tersebut membawa
plastik hitam besar mengutip sampah yang ditinggalkan oleh penyokong di tempat
duduk.
Tindakan menteri itu dirakam dan mula tular di media sosial
seperti Facebook dan Twitter.
Jika sebelum ini kita disajikan dengan gambar dan juga
berita mengenai penyokong Jepun serta Senegal yang membersihkan tempt duduk
mereka selepas menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Rusia.
Rata-rata netizen memuji tindakan Syed Saddiq, malah ada
menyatakan apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen Muar itu suatu bentuk
kepimpinan melalui teladan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kepimpinan melalui teladan, tahniah YB (Yang Berhormat),”
kata pengguna Twitter @MarMys.
““YB Syed Saddiq bukan sekadar YB, tetapi juga pendidik,
kutip sampah untuk ajak orang lain kutip sampah, bukan duduk pejabat saja,”
kata pengguna Twitter @najdiunic.
Pada perlawanan tersebut, Pahang merangkul kejuaraan Piala
FA buat kali ketiga setelah menewaskan juara lima kali, Selangor, 2-0.
Dua gol pasukan Tok Gajah menerusi aksi pemain Nor Azam
Abdul Azih pada minit ke-23, dan dihadiahkan penalti pada minit ke-61 selepas
pertahanan Selangor, Alfonso De La Cruz menjatuhkan Agustine Iwuji sebelum
Patrick Cruz tenang menyempurnakannya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel