Connect with us

Berita Lain

Kanak-Kanak Perempuan Hilang Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

MARANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun
kehilangan tangan kirinya hingga paras bahu selepas tersepit pada rim motosikal
di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payong di sini semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam itu,
mangsa, Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan
Tasek dekat sini sedang membonceng motosikal yang ditunggang oleh sepupunya.
Menurut laporan Kosmo, kejadian dipercayai berlaku apabila baju sejuk milik ibunya
yang dipakai oleh Khumaira tersangkut pada rim motosikal dan mengakibatkan
tangan kirinya tersepit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut sepupu mangsa, Nor Aina Hananie Rezali, 18, ketika
kejadian dia bersama Khumaira dalam perjalanan menuju ke rumah penghulu kampung
untuk meminta cop pengesahan borang biasiswanya.
“Ketika sedang berbual, Khumaira senyap secara tiba-tiba dan
motosikal yang saya tunggang bergerak perlahan. Bila toleh ke belakang Khumaira
sudah terjatuh dan saya terus menekan brek motosikal sehingga kaki kanan
terseret di atas jalan.
“Syukur adik lelaki Khumaira yang turut membonceng motosikal
tidak mengalami kecederaan dan orang kampung yang melihat kejadian tersebut
terus datang membantu kami. Dalam keadaan panik, saya terus menghubungi ibu
bapa Khumaira dan ahli keluarga yang lain untuk maklumkan kepada mereka,”
katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala
Terengganu di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Nor Aina yang merupakan seorang penuntut di Universiti Kolej
Bestari, Setiu berkata, Khumaira merupakan seorang kanak-kanak yang kuat
semangat kerana ketika kejadian dia langsung tidak menjerit atau menangis.
Tambahnya lagi, Khumaira terus dibawa ke Klinik Kesihatan
Bukit Payong selepas dibantu oleh penduduk kampung dan dihantar ke HSNZ dengan
menaiki ambulans.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel