Connect with us

Berita Lain

Kementerian Usaha Kumpul Data Peminjam PTPTN


SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan akan berkerjasama dengan
Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam usaha
mengumpul data berhubung gaji peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN).
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, data tersebut penting
bagi mengenal pasti peminjam yang mempunyai gaji kurang daripada RM 4,000 agar
membolehkan mereka menangguhkan pembayaran PTPTN seperti dalam manifesto
Pakatan Harapan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Begitupun, beliau enggan mengulas apabila ditanya adalah
mampu kerajaan menunaikannya dalam masa 100 hari sebaliknya menyerahkan tugas
itu kepada Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.
“Itu (laksana janji dalam 100 hari) kena tanya kepada
dia (Wan Saiful). Kalau tanya kepda saya, saya telah berikan tanggungjawab dan
beliau kena pastikan dapat melaksanakan tanggungjawabnya itu.
“Bagi peminjam bergaji bawah RM 4,000, bukan tak perlu
bayar tetapi mereka tidak akan dipaksa untuk bayar. Begitupun, ramai jumpa saya
kata nak bayar apatah lagi dengan keadaan ekonomi seperti sekarang,”
katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas program Bicara Minda di
Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Wan Saiful
memaklumkan PTPTN mungkin menghadapi masalah untuk laksanakan manifesto
tersebut kerana kurangnya maklumat diperoleh semasa pentadbiran kerajaan
terdahulu.
Menurut Wan Saiful, kerajaan terpaksa memikirkan semula
bagaimana untuk melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto
terutamanya 10 janji dalam masa 100 hari yang antaranya termasuk mengenai
bayaran balik pinjaman PTPTN.
Menjelas lanjut mengenai janji itu, Wan Saiful berkata PTPTN
telah menawarkan peminjam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah yang hendak
menangguhkan pembayaran balik untuk memohon kepada PTPTN dengan menyediakan
maklumat pendapatan.
– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel