Connect with us

Berita Lain

Kenali Speaker Dewan Rakyat Pilihan PH

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk
Mohamad Ariff Md Yusof, yang menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai Speker
Dewan Rakyat kesembilan adalah seorang yang mahir dalam undang-undang
komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembagaan dan undang-undang
pentadbiran.
Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of
Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang
sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang, Universiti
Malaya.
Bapa kepada lima cahaya mata ini meninggalkan dunia akademik
pada 1986 untuk berkecimpung dalam pengamalan undang-undang sebagai peguam dan
peguam bela, yang beliau juga seorang daripada rakan pengasas Cheang & Ariff.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada
pengamalan undang-undang untuk menyertai 
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai
pengarah pertama Jabatan  Penyeliaan
Pasaran.
Semasa penglibatannya dalam dunia perdagangan, Mohamad Ariff
juga pernah berkhidmat sebagai pengarah Bursa Opsyen dan Pasaran Hadapan
(1995-1996); anggota Jawatankuasa Kajian Semula Penarafan (RRC), Malaysian
Rating Agency (MARC) (sehingga 2008) dan anggota Lembaga Penasihat Akademi
Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (2007-2008).
Pengalaman kehakiman Mohamad Ariff bermula September 2008
apabila beliau dilantik sebagai 
Suruhanjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan dalam tempoh setahun
beliau dilantik  sebagai  hakim mahkamah tinggi pada Oktober 2009.
Pada September 2012, beliau dilantik hakim Mahkamah Rayuan
sebelum pulang semula ke Cheang & Ariff sebagai jururunding selepas bersara
daripada Kehakiman Malaysia awal 2015. Beliau juga adalah  anggota Akademi Kehakiman, Suruhanjaya Pelantikan  Kehakiman (2012-Januari 2015).
Mohamad Ariff dikenali sebagai tidak aktif dalam politik
meskipun kini beliau anggota Parti Amanah Negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Semasa penglibatannya dalam penghakiman, beliau mempamerkan
keupayaan dalam memperjuang keadilan. Malahan beliau sebagai hakim bagi kes
Mohammad Nizar Jamaluddin melawan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada 2009 semasa
krisis perlembagaan Perak. Namun beliau menarik diri atas dasar semasa amalan
dalam swasta beliau mewakili PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya, Parti
Keadilan  Rakyat (PKR) dalam beberapa
perkara serta mewakili Barisan Nasional dalam petisyen di Sarawak.
Satu daripada kes besar yang beliau pernah kendalikan semasa
berkhidmat di Mahkamah Rayuan  ialah
keputusan terbuka kontroversi berhubung kematian pembantu politik DAP, Teoh
Beng Hock ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Panel
terdiri daripada tiga orang yang diketuai beliau menolak keputusan terbuka itu
terhadap kematian Teoh dan menyatakan kematian itu akibat tindakan tidak
mengikut undang-undang oleh seorang atau lebih dan meminta agar dijalankan
siasatan lanjut atas kematian itu.
Awal hari ini, sebelum kembali ke Kuala Lumpur selepas
lawatan dua hari ke Kuching, Perdana Menteri 
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Mohamad Ariff akan dicalonkan
sebagai Speker Dewan Rakyat apabila bersidangnya sesi pertama persidangan
Parlimen ke14 pada esok. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel