Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Akan Mansuhkan SOSMA Demi Keadilan Kepada Rakyat

Foto: Kosmo

Kerajaan akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) ( SOSMA) 2012 yang dilihat tidak telus bagi memberi
keadilan kepada semua rakyat.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat
berhak untuk dilindungi oleh undang-undang yang adil dan bukannya bersifat
zalim kepada rakyat seperti yang dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Sebagai contoh undang-undang SOSMA yang mana membolehkan
kerajaan tangkap sesiapa sahaja tanpa bawa ke mahkamah. Kita (Pakatan Harapan)
akan ikut undang-undang supaya rakyat tidak ditindas dengan kerajaan yang tidak
peduli tentang undang-undang negara.
“Undang-undang Najib, jika tahanan mati, tidak akan ada
inkuiri. Apa kesalahan dilakukan akan ditentukan oleh mahkamah dan mahkamah
jugalah yang tentukan siapa salah,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan
Malam Kempen Tabung Harapan Malaysia di sini hari ini, lapor Kosmo.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah
Mohamad Ali, Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Menteri Besar Selangor,
Amirudin Shari.
Terdahulu, majlis anjuran Gabungan Persatuan Cina Klang itu
dihadiri kira-kira 3,000 tetamu dan mereka juga berjaya mengumpulkan derma berjumlah
RM3,479,100 untuk disalurkan kepada Tabung Harapan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Mahathir berkata, kerajaan yakin dapat
menyelesaikan masalah yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN) meskipun
kerosakannya amat besar kerana mendapat sokongan kuat daripada rakyat.
“Malam ini jelas ramai yang hadir untuk derma Tabung
Harapan. Walaupun kita dapat hanya berjuta, tapi yang penting kesanggupan
rakyat untuk berkorban demi negara.
“Ini adalah negara kita, rumah kita, kita di lahirkan
dan membesar di negara ini, sebab itu kita sayang negara ini,” ujarnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel