Connect with us

Berita Lain

‘Kerajaan PH Bukan Malaikat, Pemuda Umno Akan Jadi Suara Rakyat’

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno berjanji menjadi pembangkang
berwibawa untuk membawa suara rakyat bagi mengimbangi kelemahan dalam
pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata, belum genap 100 hari PH mentadbir negara,
gabungan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mencetuskan
kemarahan dengan menyentuh pelbagai sensitiviti rakyat.

“Pemuda harus ke depan membawa suara hati dan denyut nadi
rakyat supaya kita menjadi pengimbang kepada kerajaan yang ada sebab kerajaan
yang ada kini bukanlah malaikat, tak ada dosa atau kesalahan. Mereka orang
biasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tak sampai 100 hari, mereka banyak sentuh isu fundamental
negara, agama, Perlembagaan, tadbir urus yang hakikatnya menyerlahkan Pemuda
Umno memainkan peranan suara rakyat bagi tujuan sedemikian,” katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno yang pertama sejak dipilih menerajui
sayap itu bulan lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Sebelum ini, ada laporan mendakwa hubungan kerajaan PH dan
institusi raja tegang berhubung isu pelantikan peguam negara.
Asyraf yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri berkata, mereka tidak akan mencontohi sikap PH ketika menjadi
pembangkang yang disifatkannya membangkang dengan emosi tanpa fakta.
“Pendekatan kami fokus kepada ilmu dan fakta, bukan
pembangkang dulu (membangkang dengan) fitnah dan emosi.
“Tiada politik kotor, tapi bersifatkan harmoni, bersandarkan
fakta demi kepentingan rakyat dan negara.
“Kita sedia berdialog dengan mana-mana pihak untuk
menyatakan pendapat kami.”
Beku akaun tak lumpuhkan Umno
Asyraf berkata, tindakan membekukan akaun Umno tidak akan
melumpuh atau membantut kemaraan parti itu.
“Jangan ingat mereka bekukan akaun kita, Umno akan lumpuh.
Sebaliknya, apabila kita ditekan, semangat akar umbi Umno semakin membara,
mereka bertambah ‘garang’ untuk berjuang.
“Meskipun akaun parti dibekukan, program Pemuda Umno masih
berjalan kerana kita amalkan budaya baru, iaitu akar umbi sedia berkorban,
mereka kumpul dana untuk adakan jamuan dan membiayai penginapan ketua mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Misalnya dalam siri jelajah ke Sabah, saya hanya membayar
tiket penerbangan. Kami tidak tinggal di hotel, sebaliknya hanya bermalam di
rumah pemimpin Pemuda di sana, jamuan pula hasil kutipan dana. Kini, kita
amalkan budaya pengorbanan demi perjuangan.”
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah
membekukan akaun PPBM ketika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) menggantung
parti itu.
“Umno tak pernah kekang parti politik yang dulunya
pembangkang. Walaupun PPBM pernah digantung oleh JPPM, tapi tidak pula kita
bekukan akaun mereka.”
Sokong undang-undang dana politik
Sementara itu, beliau menyambut baik cadangan kerajaan PH
memperkenalkan undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik untuk
membanteras amalan rasuah.
“Saya rasa kita memang dah lama dah nak gubal akta tersebut
sebab dulu mendapat tentangan daripada pihak parti yang hari ini dah jadi
pemerintah, dulu pembangkang.
“Bagi kami, kita harus bersifat telus dalam konteks
sumbangan yang nak diberikan kepada parti politik dan ini akan memberikan satu
isyarat dan mesej jelas kepada rakyat, tidak ada apa yang perlu kita sorokkan
apabila kita ada akta sedemikian.
“Ini bukan perkara baru, ia dah diamalkan di banyak negara
maju.”

– Free Malaysia Today

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel