Connect with us

Berita Lain

Kes Najib: Pas Pegang Prinsip Tidak Bersalah Sehingga Dibuktikan

KOTA BHARU 5 Julai – Proses keadilan dan pendakwaan terhadap
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilaksanakan berasaskan
prinsip seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah oleh
mahkamah.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata,
pihaknya berpegang teguh kepada prinsip itu dan mengamalkan ‘amar makruf nahi
mungkar’ dalam semua aspek kehidupan sama ada atas kapasiti individu, kumpulan,
masyarakat dan juga kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, usaha itu hanya boleh dijayakan menerusi proses
keadilan berteraskan kepada kedaulatan undang- undang (rule of law) serta ketinggian
sistem nilai selain perlu melibatkan semua institusi serta entiti perundangan
sama ada mahkamah, pendakwaan, pembelaan serta institusi masyarakat awam
termasuk media, lapor Utusan Online.
“Dalam konteks pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak, Pas berharap perkara ini hanya bertujuan untuk
mencapai matlamat tadi yang dan tidak boleh dikompromi bagi tujuan atau
kepentingan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Takiyuddin, Pas berharap proses keadilan terhadap
Najib akan berjalan mengikut lunas undang-undang serta dihormati, dipatuhi dan
dipertahankan oleh semua pihak bagi memastikan keadilan diberi kepada semua,
terutama pihak yang dituduh, pihak yang berkepentingan langsung, masyarakat
serta negara amnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Walau apa keputusan bakal diperolehi dalam proses
perundangan yang sedang berjalan, Pas berharap ia dapat menyumbang secara
positif kepada keutuhan, pembaikan dan kematangan kehidupan bermasyarakat,
selain meningkatkan mutu kewarganegaraan dan keperibadian rakyat,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel