Connect with us

Berita Lain

KPM Kehilangan Seorang Guru Yang Hebat – Teo


BAU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kehilangan
seorang guru yang hebat berikutan pemergian Catherine Janet Tiwi yang terkorban
selepas  menyelamatkan dua rakan gurunya
dalam kebakaran di kuarters kediaman Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Mulu, pada
Rabu lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata semangat
yang ditunjukkan oleh Catherine, 25, amat jarang dimiliki, malah dimaklumkan,
mendiang sendiri yang memohon untuk berkhidmat di sekolah pedalaman.
“Saya datang hari ini bagi pihak KPM dan Menteri (Dr
Maszlee Malik) untuk kirim takziah kepada keluarga mendiang Cikgu Catherine.
Kita kehilangan seorang guru yang hebat, satu kehilangan besar kepada KPM kerana
saya dimaklumkan dia sendiri yang pilih untuk pergi ke kawasan Pedalaman 3
untuk menjadi seorang guru.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita memang kurang guru yang bercita-cita seperti itu,
memang ramai berhasrat untuk menjadi seorang guru tetapi tidak banyak yang sudi
pergi ke kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas memberi
penghormatan terakhir kepada mendiang Catherine di Kampung Skio di sini hari
ini.
Mengulas mengenai laporan awal bomba kebakaran itu
dipercayai akibat litar pintas, Teo berkata KPM memberi perhatian serius kepada
masalah itu akan perkara tersebut akan dibawa untuk makluman pihak kementerian.
“Kita akan bawa isu SK Batu Bungan kepada makluman KPM
Putrajaya dan Menteri. Kita akan pastikan prasarana dan infrastruktur di
sekolah tersebut dijaga, ini termasuk di sekolah-sekolah lain supaya tragedi
ini tidak berlaku lagi.
“Ada kira-kira 3,000 sekolah daif di seluruh negara,
kita akan cari jalan supaya sekolah daif ini dinaik taraf secepat mungkin. KPM
di bawah kerajaan Pakatan Harapan komited untuk atasi isu ini tetapi kita perlu
masa yang panjang sedikit untuk mencari rancangan yang lebih teliti,” kata
Teo.
Beliau turut membayangkan Dr Maszlee akan turun sendiri ke
Sarawak untuk melihat permasalahan yang berlaku di sekolah-sekolah di negeri
ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dia (Dr Maszlee) memang berhasrat untuk datang sebagai
tanggungjawab kita bukan ke Sarawak sahaja tetapi juga Sabah dan seluruh
Malaysia. Sekarang persidangan Parlimen masih berjalan sebab itu kami tidak
dapat pergi.
“Saya juga sudah janji dengan Anggota Parlimen Sibu Oscar
Oscar Ling Chai Yew untuk pergi ke kawasannya melawat sekolah kurang murid,
melihat kelemahan dan apa yang kita boleh lakukan untuk tambah baik lagi.
Tetapi tidak sangka sebelum turun berlakunya tragedi ini, percayalah… menteri
sememangnya nak turun untuk lihat sendiri keadaan di Sarawak,” katanya.
Sementara itu, bapa mendiang Tiwi Nios mengucapkan terima
kasih kepada bantuan yang diberikan banyak pihak ketika keluarga itu bersedih
dengan kejadian yang berlaku.
“Terima kasih kepada pihak bomba, polis, hospital yang semua
yang membantu. Semalam pun saya ada terima pesanan menerusi aplikasi khidmat
mesej WhatsApp daripada Pejabat Perdana Menteri, mereka sampaikan ucapan
takziah dan mereka juga akan hantar ucapan secara rasmi menerusi emel,”
katanya.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel