Connect with us

Berita Lain

KPN Timbang Tindakan Undang-Undang Terhadap SR

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad
Fuzi Harun mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap
Sarawak Report di atas laporannya yang mendakwa beliau menaja pembiayaan
perjalanan pegawai polis dari seluruh negara untuk menghadiri perkahwinan
anaknya, baru-baru ini.

“Saya sudah hampir bersara dan mempunyai cukup wang untuk
membiayai majlis perkahwinan anak saya.
“Tidak ada apa-apa yang perlu saya sorokkan. Tiada wang milik
kerajaan atau PDRM (Polis Diraja Malaysia) digunakan bagi membayar majlis atau
membiayai kos perjalanan tetamu yang hadir dalam majlis itu,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohamad Fuzi menerusi satu kenyataan yang disiarkan oleh
sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris tempatan, hari ini, menegaskan bahawa
hanya rakan sejawatnya dari Brunei hadir dalam majlis yang diadakan di sebuah
hotel di Bandar Utama, Petaling Jaya pada awal bulan ini.
Ini sekali gus menafikan dakwaan beliau dikatakan mengundang
pengurusan tertinggi polis di sekitar Asia untuk menghadiri majlis perkahwinan
anaknya.
Mohamad Fuzi berkata, beliau bersedia untuk disiasat oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan yang tersebar itu.
Khamis lalu, portal Sarawak Report melaporkan bahawa Bukit
Aman menghantar undangan kepada pengurusan tertinggi polis di sekitar Asia.
Laporan itu turut mendakwa undangan itu dihantar menerusi
kiriman emel pada 6 April dengan tajuk, “Wedding Reception of the Honourable
IGP’s Daughter” (‘Majlis Resepsi Perkahwinan Anak Ketua Polis Negara) dan
dimulakan dengan perkataan, “Greetings From The Royal Malaysia Police” (‘Salam
Dari Polis Diraja Malaysia).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sarawak Report juga menunjukkan paparan skrin emel yang
tertera ayat; “We will provide Business Class return tickets for the police
chief and his spouse, as well as a night in the swanky hotel” (Kami akan
menyediakan tiket penerbangan pergi dan balik kepada ketua polis serta isteri
selain penginapan di sebuah hotel mewah).
“Surat undangan dari PDRM itu menunjukkan bahawa pasukan
polis akan membiayai perbelanjaan berkenan dan bukannya ketua mereka (Mohamad
Fuzi). Ini menunjukkan contoh teladan tidak baik penyalahgunaan dana kepada
pegawai lain yang berpangkat rendah,” lapor Sarawak Report. – BH ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel