Connect with us

Berita Lain

Ku Li Dakwa Wujud Rasuah, Beli Undi


KUALA LUMPUR – Veteren Umno, Tengku Razaleigh Hamzah
mendakwa mendengar khabar angin mengenai tindakan calon tertentu membeli undi
pada pemilihan parti kali ini.
Beliau yang tewas dalam saingan merebut jawatan Presiden
Umno hari ini, bimbang amalan politik wang menjejaskan masa depan serta proses
pembaharuan parti itu, jika khabar angin berkenaan benar.

Menurutnya, pengaruh wang dan rasuah menyebabkan individu
yang layak dan berpotensi, gagal diketengahkan pada pemilihan kali ini kerana
tidak berduit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya dengar berita yang tak berapa baik. Saya harap
ini khabar angin dan tidak betul. Tapi saya dengar dalam pemilihan ini, banyak
duit digunakan.
“Sepatutnya, kita sudah berhenti menggunakan wang dalam
pemilihan parti. Ini adalah sogokan atau rasuah, membeli undi dan
sebagainya,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Ku Li berkata, jika benar berlaku, dukacitalah kerana masa
depan pimpinan parti ini akan bergantung pada duit juga kerana amalan politik
wang.
“Pengaruh duit yang sepatutnya dihapuskan, sudah
bermaharajalela semula dalam politik tanah air, terutama politik Umno. Ini tidak
akan berfaedah kepada sesiapa,” katanya ketika ditemui Berita Harian di
majlis tahlil aktivis Islam, Allahyarham A Karim Omar di sini, malam ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada pemilihan pucuk pimpinan parti hari ini, Ahli Parlimen
Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diumumkan sebagai Presiden Umno
yang baharu, selepas menewaskan Tengku Razaleigh dan Ahli Parlimen Rembau,
Khairy Jamaluddin serta dua lagi calon.
Selain itu, ditanya berkenaan keputusan pemilihan itu,
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang secara sinis berkata ia
keputusan yang bagus jika khabar angin yang didengarnya tidak benar.
“Kita harap dihentikan jika berlaku mainan duit untuk
mempengaruhi mereka yang berhak memilih kerana ini akhirnya menjadi barah,
boleh merosakkan bukan saja parti politik tapi juga masyarakat,” katanya.
Selain itu, diminta mengulas mengenai apa akan dilakukannya
selepas ini, veteran Umno itu berkata beliau mahu berehat memandangkan sudah
mencecah usia 81 tahun, selain berada dalam arena politik selama 60 tahun.



– Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel