Connect with us

Berita Lain

Lagenda Tinju Filipina, Manny Pacquiao Sumbang Peralatan Tinju Kepada Kerajaan Malaysia


Lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao, 39, yang baru sahaja
dinobatkan sebagai juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), akan
menyumbangkan peralatan digunakannya semasa latihan untuk ”Fight of the
Champions” kepada kerajaan Malaysia.
Beliau juga yang bergelar Senator Filipina berkata demikian
dalam satu sidang media selepas menumbangkan jaguh Argentina, Lucas Matthysse.
Ujarnya, sumbangan ikhlas itu adalah bagi mempromosi dan menggalakkan sukan
tinju di negara ini.

“Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dan peralatan digunakan di Kuala Lumpur untuk latihan, kita
akan dermakan. Kita juga berbincang untuk mempromosi tinju di Malaysia. Kita
akan memulakannya,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan membuka akademi
tinju di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tun Dr. Mahathir dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

“Saya sukakan tempat ini, terima kasih atas keindahan dan
kemudahan yang hebat di Kuala Lumpur. Saya berharap ia bukan pertarungan
terakhir di bawah MP Promotions di sini, kerana ia antara pertarungan terbesar
di Asia, disiarkan di lebih 200 negara. Kita berharap lebih banyak acara
diadakan di sini,” katanya.
Ujar beliau lagi, Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan
tersebut kerana beliau mahu mempromosi tinju profesional di Aisa, memandangkan
sukan berkenaan masih jauh ketinggalan berbanding rantau lain seperti Amerika
Syarikat dan Amerika Latin.

Pacquiao atau ”The Pacman”, merupakan satu-satunya juara
dunia bagi kesemua lapan divisyen, memenangi gelaran ke-12 tersebut selepas
merampas tali pinggang welterweight WBA daripada peninju Argentina berusia 35
tahun itu, dengan kemenangan ‘technical knock-out (TKO)’ pada pusingan ketujuh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Matthysse yang dikenali sebagai “The Machine” kerana pukulan
agresif menjadi penyandang tali pinggang tersebut sebelum ini selepas
menewaskan peninju Thailand, Tewa Kiram pada Januari lalu.
Pacquiao ketika mengulas perlawanan tersebut, terkejut
dengan gaya pertarungan lawannya itu dibawah jurulatih baharu, Buboy Fernandez.
“Daripada pusingan pertama lagi, saya merasakan boleh
memenangi pertarungan ini kerana strategi kita 
melepaskan  tumbukan  jika ada peluang dan tidak terburu-buru.
Beliau juga mungkin terkejut kerana saya membuat asakan daripada  sisi dan tidak bergerak ke sana sini.

“Untuk menjadi juara mesti berusaha keras, dedikasi dan
semangat. Anda perlu beri sepenuh tumpuan semasa latihan dan mempunyai semangat
tinggi. Saya tidak merasakan seperti berumur 39 tahun, saya merasakan dan
kelihatan baru berusia 27 tahun,” katanya.
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan Presiden
Filipina, Rodrigo Duterte antara orang kenamaan yang hadir menyaksikan
pertarungan tersebut.
– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel