Connect with us

Berita Lain

Lagi Budak Bawah Umur Kahwin

TAKBAI (Selatan Thailand) – Isu perkahwinan rakyat Malaysia
dengan budak 11 tahun warga Thai bulan lalu baru saja reda, kini timbul satu
lagi perkahwinan budak bawah umur.

Walaupun kes terbaru antara budak perempuan 13 tahun dengan
pemuda berusia 19 tahun itu juga menggunakan khidmat kadi dari Thailand, berita
perkahwinan mereka tidak tersebar dalam media sosial seperti kes terdahulu
kerana pasangan terbabit warga Malaysia.
Menurut kadi yang menikahkan mereka Ibrahim Husin, 67,
majlis akad nikah pasangan itu diadakan di sebuah masjid di Kampung Pulau
Nibong, dekat sini, pada 20 Jun lalu, dua hari selepas pasangan kontroversi
pertama kahwin di Pekan Sungai Golok.
“Budak perempuan berusia 13 tahun itu dan pasangannya datang
menemui saya bersama dua saksi dan seorang wali yang juga bapa saudara
pengantin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bapa saudara itu memaklumkan kepada saya bahawa gadis itu
yang berasal dari Kelantan dan pemuda itu dari Terengganu ingin berkahwin dan
beliau adalah wali mereka.
“Selepas saya meneliti segala dokumen berkaitan yang
diserahkan kepada saya, saya bersetuju mengahwinkan mereka di Masjid Al-Uluwiah
di sini, pada 20 Jun lalu,” katanya kepada NSTP ketika ditemui di rumahnya di
sini, semalam.
Ibrahim berkata beliau telah memaklumkan kepada pasangan itu
bahawa perkahwinan mereka akan didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Narathiwat
dan mereka juga perlu mendaftar perkahwinan dengan pihak berkuasa agama di
Malaysia.
“Bagi saya, saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan
betul. Mereka ingin berkahwin dan berdasarkan syariah, mereka boleh kahwin
asalkan mereka ada wali sama ada bapa pengantin perempuan, adik lelaki atau
saudara terdekatnya dan perempuan itu mestilah akil baligh,” kata pesara guru
yang berpengalaman lebih 20 tahun menjadi kadi.
Bapa kepada empat anak itu berkata, perkahwinan membabitkan
pasangan muda dan bawah umur dari Malaysia bukanlah kali pertama beliau
lakukan.
“Sebelum ini, saya pernah mengahwinkan beberapa pasangan
dari Malaysia termasuk budak berusia 12 tahun dan bawah 16 tahun tetapi
perkahwinan mereka semuanya sah dari segi agama.
“Situasi begini biasa bagi saya dan penduduk Muslim lain di
sini,” katanya.
Ibrahim berkata, terdapat 10 kadi di Jajahan Takbai yang
dibenarkan Majlis Agama Islam Narathiwat untuk mengahwinkan pasangan termasuk
mereka dari Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Saya percaya kes lelaki rakyat Malaysia berkahwin dengan
budak 11 tahun warga Thai baru-baru ini tidak akan menghalang rakyat dari
Malaysia untuk berkahwin di Selatan Thailand,” katanya.
Berkenaan kes peraih getah berusia 41 tahun yang mengahwini
budak Thai itu, Ibrahim berkata, berita perkahwinan mereka tidak mengejutkan
penduduk di sini.
“Seperti di Malaysia, berita itu tersebar dengan cepat di
Thailand melalui media sosial terutama Facebook tetapi akhirnya berita itu
senyap dengan sendirinya selepas kami dimaklumkan kes mereka telah selesai,”
katanya.
Berita perkahwinan peraih getah itu dengan budak warga Thai
jadi bualan hangat baru-baru ini, selepas isteri kedua lelaki itu memuat naik
gambar perkahwinan suaminya dengan budak itu di Facebook.
Berikutan itu, peraih getah terbabit didakwa di Mahkamah
Rendah Syariah Gua Musang dan dikenakan denda sebanyak RM1,800 kerana berkahwin
dan berpoligami tanpa kebenaran.
Budak 11 tahun itu juga dipanggil oleh Majlis Agama Islam
Narathiwat untuk diambil keterangan.
Pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang
Nyor dekat Sungai Golok pada 18 Jun lalu. – Harian Metro


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel