Connect with us

Berita Lain

Lambakan Buah Durian Tidak Dieksport Kerana Langgar Piawaian


SUNGAI PETANI – 
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa memastikan semua
buah-buahan tempatan khususnya durian, mematuhi piawaian ditetapkan, sebelum
dieksport ke pasaran luar negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, isu jumlah
bekalan durian yang masih banyak di negara ini disebabkan kegagalan mematuhi
piawaian eksport, tidak seharusnya timbul memandangkan aspek piawaian bukanlah
sesuatu yang boleh dipandang ringan.
“Tahun lalu harga durian mahal disebabkan pengeluaran
yang kurang…yang mana kita jangkakan 10 peratus sahaja yang
menjadi…berbanding tahun ini, hasil durian banyak, menyebabkan harganya lebih
murah di pasaran.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Untuk eksport, kita tetap kena ikut piawaian…ada sistem
kawalan dan bukan boleh eksport sembarangan, ada proses-proses tertentu yang
perlu dilalui termasuklah mengemukakan sijil bagi membuktikan kualiti durian
itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan sempena Program
Jom Nikmati Buah-buahan Tempatan di Pusat Operasi FAMA Sungai Petani dekat
sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
hasil durian yang bertambah sehingga menyebabkan durian yang sebelum ini dijual
pada harga yang mahal, turut mengalami kejatuhan harga.
Ahmad berkata, kajian yang dijalankan FAMA menunjukkan
berlaku peningkatan tiga kali ganda pengeluaran buah durian pada tahun ini,
iaitu daripada 60,000 tan metrik tahun lepas kepada 180,000 tan metrik.
“Pengeluaran hampir serentak di seluruh negara,
khususnya di negeri seperti Johor, Pahang, Perak, Kelantan, Melaka dan Kedah.

Bekalan banyak justeru harga durian menjadi lebih berpatutan
sebagai perbandingan, purata harga runcit bagi Musang King (D197) pada bulan
Julai tahun lalu ialah RM60-80/kilogram (kg) manakala bagi tempoh sama tahun
ini, RM30-40/kg…turun separuh harga dan ini masa yang sesuai untuk menikmati
durian sama ada yang biasa atau yang lebih baik,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kata beliau, isu lambakan buah juga tidak timbul walaupun
pengeluaran buah-buahan tempatan pada tahun ini, lebih banyak berbanding tahun
lepas.
“Tidak timbul isu lambakan khususnya membabitkan lima
jenis buah-buahan tempatan yang utama iaitu durian, rambutan, manggis, dokong
dan cempedak, setakat ini tiada aduan namun pihak berkenaan boleh menghubungi
FAMA untuk kita bantu jika buah-buahan mereka tidak dapat dijual,”
katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, dianggarkan sebanyak
50 tan metrik buah-buahan ditawarkan di setiap lokasi penganjuran Program Jom
Nikmati Buah-buahan Tempatan.
“Setakat ini program ini sudah dijalankan di 56 lokasi
di seluruh negara dan ia sambutan amat menggalakkan  daripada orang ramai kerana ia bukan sahaja
memberi peluang pengusaha untuk menjual serta kepada pengguna untuk membeli pada
harga berpatutan,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel