Connect with us

Berita Lain

Lelaki Kelar Diri Di Rumah Pengantin


KOTA KINABALU – Tindakan seorang lelaki untuk membunuh diri
di sebuah majlis perkhawinan di Jalan Batu 7, Inanam di sini semalam gagal
apabila dia berjaya diselamatkan dan sempat dikejarkan ke hospital.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, suspek
warganegara asing yang berusia 30-an dikatakan meminta sebilah pisau daripada
tetamu di majlis tersebut sebelum menghilangkan diri, lapor Kosmo.
Suspek kemudiannya, ditemui dalam keadaan berlumuran darah
dengan kesan luka pada bahagian leher di kediaman pengantin terbabit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.
Chandra berkata, suspek kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di
Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 di sini.
“Difahamkan, suspek yang bekerja di sebuah ladang di
Keningau datang ke Inanam bagi menghadiri kenduri kahwin anak kepada rakannya.
“Sebelum insiden, suspek telah meminta daripada tetamu
untuk mendapatkan sebilah pisau sebelum dia bertindak mengelar dirinya,”
katanya di sini hari ini.
Chandra berkata, siasatan lanjut mendapati suspek
berkemungkinan mengalami tekanan perasaan selepas ditinggalkan isterinya
kira-kira setahun lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan
dipercayai warganegara Indonesia,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana
cubaan membunuh diri.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel