Connect with us

Berita Lain

Lokman Adam ‘Bermimpi’ Kem Azmin Tolong Kemenangan BN – Amirudin

Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil (PRK) Sungai
Kandis, Datuk Lokman Adam boleh bermimpi kononnya penyokong Timbalan Presiden
PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan membantu kemenangan pembangkang di
kawasan itu, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Amirudin berkata setakat ini PKR “solid” memberi sokongan
kepada calon mereka yang bertanding di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai
Kandis.
“Memang ada pandangan begitu, tetapi hakikatnya Azmin ada,
saya ada, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ada, menteri besar Negeri Sembilan
ada dan pimpinan PH pun hadir beri sokongan secara bersama,” katanya ketika
ditemui di luar Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 19.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum itu, Azmin menafikan dakwaan Umno bahawa beliau
kecewa dengan pencalonan Zawawi Mughni, yang dikatakan dipilih Wan Azizah
sebagai calon PRK DUN Sungai Kandis.

Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah taktik Umno dan BN
untuk memecah belahkan perpaduan PH.
Semalam, Lokman mendakwa mereka yang menjadi penyokong Azmin
akan membantu kemenangan pembangkang dalam pilihan raya kecil di kawasan itu.
Lokman mendakwa penyokong daripada kem Azmin tidak berpuas
hati apabila Wan Azizah menamakan Zawawi Mughni sebagai calon.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata calon PKR di DUN Sungai
Kandis mempunyai kelebihan berikutan beliau merupakan calon tempatan yang sedia
aktif membantu penduduk di kawasannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Beliau (Zawawi) ada membuka pusat komuniti dan perlindungan
bagi membantu membaiki akidah masyarakat dan membantu anak yang terlanjur.
“Zawawi juga ada sekolah agama dan mengajar di masjid serta
surau, selain mempunyai kredibiliti tulen, bukannya dibuat-buat,” katanya.




– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel