Connect with us

Berita Lain

Mahkamah benarkan Jamal Yunos dibebaskan dengan ikat jamin

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan etua Umno
Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan dengan ikat jamin
RM20,000 dan tiga penjamin atas tiga pertuduhan dihadapinya.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur,
menarik balik perintah ikat jamin terhadap Jamal bagi pertuduhan menceroboh dua
premis perjudian di Taman Kosas, di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pihak pendakwaan memohon perintah ikat jamin itu ditarik
balik kerana khuatir Jamal akan melarikan diri sekali lagi.
Jamal didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas
didapati melakukan pencerobohan di Kedai Happy Toys, No. 23, Jalan Kosas 1/2,
Taman Kosas, di Kuala Lumpur.
Dia juga didakwa bersama seorang yang telah dituduh dan
seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading
and Services No. 23&25, Jalan Kosas 13, di taman sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 3.30
dan 3.40 petang, 29 Dis 2016 mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca
bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga
tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) Malaysia, turut didakwa dengan sengaja telah melepaskan diri
daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hospital KPJ Ampang
Puteri antara jam 2 dan 3 petang, 25 Mei lalu mengikut Seksyen 224 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel